5 Tempat Menarik Di Kashmir Yang Berbaloi Untuk Percutian

Kashmir di gelar Paradise on earth kerana kecantikannya yang luar biasa 

Pemandangan di Kashmir  sangat ohsem. Tak hairanlah  Kashmir di gelar ‘Paradise on Earth’  atau ‘Switzerland of the East’.  Alang - alang google Kashmir jom tengok lokasi dan apa yang menarik di sana.

Lokasi Jammu dan Kashmir


Jammu & Kashmir terletak di utara India

Melihat peta Jammu dan Kashmir, wilayah ini terletak di utara India dan bersempadan dengan Pakistan. Jammu dan Kashmir terdiri dari 3 daerah iaitu Jammu, Kashmir Valley dan Ladakh.

Ladakh atau Little Tibet ialah daerah yang bersempadan dengan China dengan budaya atau ugama budha .  Jammu pula lebih di kenali sebagai tempat suci dengan budaya hindu sementara Kashmir yang di diami penduduk beragama islam  ini kawasannya bergunung ganang dan menjadi kegemaran peminat aktiviti hiking.

Tempat menarik di Jammu dan Kashmir

Wilayah ini mengalami suasana 4 musim seperti negara di eropah . Tentu menarik kerana tiket flight ke sini tidaklah mahal sangat berbanding tiket ke Eropah . Sudah tentu juga  kos percutian di sini lebih murah . Bagaimanapun oelh kerana wilayah ini berada di kawasan banjaran Himalaya cuaca di sini tidak menentu. Bermakna kita kena prepare dengan cuaca yang mungkin sedang panas tiba tiba mungkin bertukar menjadi hujan lebat secara tba-tiba.

Bagaimanapun mengikut pengamatan melalui pengalaman mereka yang pernah ke sana, elakkan bercuti ke Kashmir pada  setiap 15 August. Oleh kerana India meraikan hari kemerdekaannnya pada setiap 15 August , jadi elakkan dari travel ke Jammu dan Kashmir pada tarikh tarikh tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tak di ingini.

Pergolakan di sini walaupun semakin reda tetapi pada hari kemerdekaan India , wilayah ini akan di masuki ramai tentera India untuk berkawal.

Okay. Sekarang jom tengok beberapa tempat popular yang sering di kunjungi pelancong di sana.

1. Gulmarg

Salji memutih di Gulmarg

Gulmarg adalah tempat yang paling popular kerana ia mempamirkan pemandangan padang rumpaut yang sangat cantik dengan latar belakang pergununagn yang di liputi salji. Ia sama seperti anda sedang  berada di Pergunungan Alps dan oleh kerana itulah Gulmarg di kenali sebagai Switzerland of Asia. Di sini ada cable car dan gondola jika anda ingin ke puncak gunung yang menjadi ski resort.

Gulmarg sangat terkenal ketika musim salji . Jadi jika nak bermian salji dengan kos travel yang lebih murah datanglah ke sini ye.

2. Srinagar

Sampan sedia menunggu pelanong di srinagar

Srinagar terkenal dengan Tasik Dhal dan house-boat. House-boat di sini di hias dengan indah . Wah menariknya dapat tinggal lagi dalam houseboat seperti semasa bercuti di Amsterdam. Teringat lagi bersempit dalam kabin kecil yang muat muat untuk tidur sahaja. D Srinagar sampan di gunakan sebagai pengangkutan untuk ke houseboat .Penjaja juga menjaja makanan di sekeliling Tasik Dhal.

Aktiviti perniagaan di sini juga mengikut musim. Kita tak perlu ke pekan untuk membeli belah  kerana peniaga di sini akan datang dengan sampan mereka. Ketika musim sejuk ramai peniaga di sini menjual kelengkapan musim sejuk seperti baju, sarung tangan, stokin dan sebagainya. Menariknya jika baju itu terlalu besar untuk anda mereka akan datang semula dengan membawa baju mengikut saiz anda.

Di Srinagar juga ada kilang karpet , sari dan pashmina yang sudah tentu bermutu tinggi. Sudah tentu di sini juga kita boleh dapati kain sutera yang cantik-cantik serta barangan kulit yang handmade. Harga tak taulah sebab belum pergi tapi bab ni memang best untuk kaum wanita seperti saya he he.

3. Sonamarg

Pemandangan pergunungan di hiasi glacier di Sonamarg

Sonamarg merupakan kawasan  yang mana ketika suatu masa dulu ia menghubungkan  Kashmir dan China .Saya pernah terbaca sarikata dalam filem epik tentang The Silk Road . Di sini rupanya The Silk Road tu . Sonamarg terkenal sebagai kawasan padang rumput berbungadi  pergunungan Banjaran Himalaya yang di liputi glacier.

Sedikit informasi tentang Sonamarg ialah kawasan ini tidak dapat di masuki ketika musim sejuk . Salji sangat tebal di sini dan tiada penduduk tetap yang menghuni. Hanya ada sebuah pusat informasi dan masjid. Walupun ketika musim panas Sonamarg masih sangat sejuk dan kita perlu memakai pakaian yang tebal .

Di Sonamarg juga masih ada orang gipsi yang berpindah randah mengikut musim. Mereka akan kembali ke Sonamarg ketika musim panas dan berpindah ke Srinagar ketika musim sejuk.

4. Pahalgam

Kebun bunga Saffron di Pahalgam

Pahalgam terletak lebih kurang 95 km dari Srinagar. Kawasan ini kurang sibuk berbanding dengan kawasan lain di Kashmir. Siapa yang pernah tengok cerita Bobby cerita hindustan lakunan Dimple Kapadia dan Rishi Kapoor  yang hot masa dulu-dulu mesti ingat dengan pemandangan yang sangat cantik dalam cerita tu.

Di Pahalgam juga terkenal dengan Saffron yang bermutu tinggi. Saffron ni  selalunya di gunakan dalam masakan seperti nasi ayam yang berwarna kuning. Di Malaysia harga sekilo safron lebih kurang RM 25000 menurut kawan saya yang berniaga makanan sunnah.

Cuaca di Pahalgam lebih sejuk berbanding di tempat lain. Majoriti penduduk di sini lebih berminat menyertai Pakistan berbanding India . Makanan di sini yang terkenal dengan Nasi Briyani juga sedikit berbeza dengan daerah yang lain kerana ia lebih pedas.

5.Tulip Garden

Penari meraikan kedatangan musim tulip berbunga di Kashmir

Tulip Garden hanyalah 9 km dari Srinagar dan merupana kebun bunga tulip yang terbesar di Asia. Ia hanya di buka ketika bunga tulip berbunga. Jika kita nak tengok bunga tulip yang cantik-cantik eloklah datang awal atau sekitar April kerana jangka hayat bunga tulip tidak lama.

Pada penghujung bunga tulip akan layu dan gugur . Rugi jika kita datang pada penghujung April jika Tulip Garden ini salah satu destinasi kita.Tulip Garden di buka dari 7 pagi hingga 7.30  malam setiap hari dan ada bayaran yang di kenakan kepada pelancong yang berkunjung ke sini.

Kelihatannya Kashmir sangat menarik untuk di kunjungi. Kalau kita tak tahu tentang keistinewaan sesuatu tempat mungkin kita tidak berasa ada keinginan untuk berkunjung ke sana.

Melihat kecantikan Kashmir, kemudahan makanan halal  , keenakan nasi Briyani , bermalam di houseboat , bermain salji di Gulmarg saya telah pun meletakkan Kashmir dalam wish list saya sekarang.
5 Tempat Menarik Di Kashmir Yang Berbaloi Untuk Percutian 5 Tempat Menarik Di Kashmir Yang Berbaloi Untuk Percutian Reviewed by Asyraf Zack on 17:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.