6 tempat menarik mesti lawat jika bercuti ke Korea ketika musim bunga


Melancong ke Korea ketika musim bunga tidak lengkap jika anda tidak melawat destinasi pelancongan menarik ini. Musim bunga di Korea bermula pada bulan 3 sehingga bulan 5. Waktu kemuncak musim bunga adalah pada bulan 4 dimana banyak bunga sedang kembang terutamanya bunga sakura.

Disini kami kongsikan tempat yang mesti dilawati ketika musim bunga di Korea.


1. Yoido Park


 Sakura di Yoido Park, Seoul


Musim bunga terutamanya pada bulan 4, Yoido Park menjadi tumpuan masyarakat Korea untuk melihat beratus-ratus pokok cherry blossom ataupun sakura di taman ini. Festival cherry blossom juga diadakan disini pada musim bunga kerana taman ini antara taman tercantik dan terbesar di Korea.


2. Seoul Namsan Tower


Pokok cherry blossom / Sakura di Seoul Korea


Selain dari keindahan Seoul Tower yang dapat dilihat dari seluruh bandar Seoul, pokok cherry blossom yang ada di kiri kanan jalan sepanjang jalan ke Seoul Tower akan membuatkan anda terpegun seperti berada didalam terowong sakura yang panjang.



Seoul Tower ketika musim bunga (spring season)


Pengalaman menuruni bukit Namsan dengan berjalan kaki yang pasti tidak dapat dilupakan kerana pemandangan di sini sangat cantik dan suhunya yang nyaman.


3. Everland Theme Park



Tulips festival di Everland

Everland sangat popular dengan Tulips Garden ketika musim bunga. Jangan lepaskan peluang melihat berjuta bunga tulips di Everland dan bersuka ria di spring festival yang diadakan di Everland setiap hari sepanjang musim bunga.



Beribu bunga tulips yang terdapat di Everland

Selain Theme Park dan Tulips Garden, terdapat juga Safari di Everland.


4. Deoksugung Palace



Deoksugung Palace ketika musim bunga


Salah satu istana lama yang terletak di pusat bandar Seoul dan berdekatan dengan Seoul City Hall. Kenapa istana ini tidak seperti istana yang lain, di sini terdapatnya pokok cherry blossom yang sangat besar. Sambil anda berjalan melihat peninggalan sejarah, bunga-bunga sakura yang berguguran membuatkan pemandangan lebih cantik dan suasana tenang disini dapat dirasai walaupun anda sebenarnya berada di tengah-tengah bandaraya Seoul yang sentiasa sibuk.



5. Bucheon Hanok Village



Perkampungan Tradisional Korea


Perkampungan Tradisional Korea yang masih lagi di jaga dan di pelihara. Suhu musim bunga yang nyaman iaitu antara 14-15 celcius sangat sesuai untuk berjalan-jalan ke sini. Selain pemandangan yang cantik, terdapat restoran korea yang menyajikan menu yang sedap dan pelbagai pilihan. Bagi ‘coffee lover’, tempat ini adalah syurga dunia buat anda kerana terdapat cafe yang unik dan cantik berkonsepkan Hanok Style.



6. Nami Island


Nami Island ketika musim bunga


Pulau yang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia hanya kerana 1 drama popular iaitu Winter Sonata. Bukan hanya pelancong luar negara, orang Korea juga gemar ke sini kerana pemandangan yang cantik dan tenang dari kesibukkan bandaraya. Jangan lepaskan peluang berbasikal mengelilingi pulau nami sambil mendengar alunan muzik yang anda sendiri tidak tahu dari mana muzik itu datang.


6 tempat menarik mesti lawat jika bercuti ke Korea ketika musim bunga 6 tempat menarik mesti lawat jika bercuti ke Korea ketika musim bunga Reviewed by Admin on 22:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.