7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang


Minggu ni saya terbaca tentang kes yang agak viral di facebook tentang anak seorang penumpang yang menangis ketika kapal terbang baru berlepas atau take off. Selepas itu elok pula jiran saya beritahu cucunya menangis lama semasa kapal terbang nak mula mendarat  sewaktu nak balik dari bercuti dari Pulau Perhentian sampai bapanya naik angin .

Hmm. Oleh kerana kita bawa kanak kanak ketika berjalan eloklah kita ketahui serba sedikit punca kenapa tiba tiba kanak kanak boleh menangis tiba-tiba jika sedang berada dalam kapal terbang. Kalau tidak boleh spoil cuti kita dek kerana  kelam kabut dan rasa malu pada penumpang lain sedangkan ia boleh di atasi jika kita tahu puncanya.


Kenapa telinga rasa sakit semasa kapal terbang berlepas ?


Sebelum kita menaiki kapal terbang tekanan udara di luar adalah berbeza. Bila kita menaiki kapal terbang akan berlaku  ketidakseimbangan perubahan tekanan udara  menyebabkan gangguan pada telinga.

Kita akan merasa perbezaan tekanan ini semasa kapal terbang mula  melakukan take off iaitu  pada  altitud tinggi . Begitu juga ketika kapal terbang mula mahu mendarat atau  melakukan touch down . Ketidakseimbangan tekanan udara juga berlaku jika kita menyelam di dasar laut.

Apabila berlakunya tekanan udara yang tak seimbangan ini ada antara kita yang akan rasa telinga mereka  seperti berdengung . Ada juga terasa telinga seperti berbunyi seperti pop ( saya pernah alami ) , rasa loya dan pening  dan yang paling teruk bila ada yang terasa seperti lubang telinga di cucuk benda tajam.

Jika anda sedang megalami selsema atau hidung anda tersumbat sebelum menaiki kapalterbang , rasa sakit telinga dalam kapal terbang ini juga boleh berlaku.

7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang

Tidak kira samada orang dewasa atau kanak kanak, masalah sakit telinga dalam kapal terbang ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Orang yang selalu naik kapal terbang juga tidak terkecuali .  Jika berlaku pada bayi atau kanak kanak yang belum berakal mereka akan menangis kesakitan tanpa kita mungkin tak ketahui puncanya.

Kita sendiri mungkin hilang sabar atau malu pada penumpang lain akibat kelakuan anak kita yang tiba-tiba jadi begitu .Ketika inilah sebenarnya cabaran membawa kanak-kanak bercuti dan terpaksa menaiki kapal terbang pula .

Jadi apa yang boleh kita lakukan jika perkara ini terjadi pada anak kita atau diri kita sendiri ? Berikut beberapa langkah yang boleh di cuba :

earmuff untuk atasi sakit telinga dalam kapal terbang

1. Jika anda bawa bayi ketika kapal terbang mahu berlepas atau take off jangan tidurkan bayi tapi susukan  atau berikan mereka minum air sikit-sikit sehingga kapal terbang berada dalam paras yang lebih stabil.

2. Jika bayi anda menghisap puting atau pacifier, masukkan dalam mulutnya . Atau beli satu dan simpan dalam handbag sebagai persediaan walaupun bayi anda tidak menghisap pacifier sebagai langkah berjaga-jaga.

3.Jika tiada air lansung ketika itu, cuba kumpulkan air liur di dalam mulut dan telan air liur supaya tekak tidak kering dan tekanan itu jadi seimbang.

4. Kunyah sesuatu seperti biskut atau roti atau kumam gula gula di dalam mulut sepanjang kapal terbang mahu berlepas.

makan gula gula ketika dalam kapal terbang

5. Tutup telinga dengan penutup telinga seperti earmuff atau earphone. Saya tak pernah cuba kaedah ni. Mungkin menggunakan earmuff yang selalunya di gunakan sewaktu bercuti di musim sejuk boleh di cuba selepas ini untuk mengetahui keberkesanannya ( nanti saya pasarkan dalam kedai online saya ye hu hu )

6. Minta air panas 2 gelas dari pramugari atau pramugara yang sedang bertugas dan masukkan tisu ke dalam gelas tersebut sehingga tisu itu di serap dan kelihatan berwap. Pekap telinga kiri dan kanan dengan gelas untuk memecahkan tekanan udara yang tersumbat tadi. Jika tiada tisu boleh masukkan kertas atau sapu tangan ke dalam gelas tadi asalkan air tadi dapat di serap.

7.Jika sudah kesemua cara tadi tidak dapat di lakukan, picit lubang hidung dan tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan nafas dengan keadaaan lubang hidung tadi masih tertutup untuk menyimbangkan tekanan udara yang berlaku.

Ada kaedah di atas yang mungkin sesuai dengan orang lain dan ada yang mungkin kurang sesuai bergantung pada tahap tekanan tersebut kepada kita. Anak saya sendiri pernah menghadapi rasa sakit di telinga dalam kapal terbang ini dan memberitahu telinganya seperti di cucuk benda tajam.

Barulah saya perasan ketika dalam penerbangan pulang dari bercuti ke Amsterdam dulu memang telinga saya rasa berdengung . Kebetulan rakan saya ketika itu menghulurkan gula-gula pada saya . Saya ambil dan kunyah gula gula tersebut tanpa mengetahui ia adalah kaedah yang membantu rasa tekanan itu hilang.

Alhamdulillah sekarang baru saya tahu menguyah gula-gula atau mengumam sesuatu di dalam mulut ketika kapal terbang mahu berlepas adalah sangat efektif.  Jadi selepas ini jika ada sesiapa yang mengalami masalah sakit telinga dalam kapal terbang bolehlah mencuba langkah yang sama .
7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang 7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang Reviewed by Asyraf Zack on 16:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.