7 Tips Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang


Wanita mengandung naik kapalterbang

7 Tips Wanita Mengandung Naik Kapalterbang. Pernah terjadi beberapa tahun lepas ada kes wanita yang sedang mengandung tak di benarkan menaiki kapalterbang kerana telah melanggar syarat tersebut. Rasanya ia bergantung pada budi bicara syarikat penerbangan juga jika ia situasi kecemasan. Bagaimanapun sebagai seorang penumpang kita seharusnya sudah peka dengan syarat tersebut.

Dalam terms & condition  mana mana syarikat penerbangan sendiri pun memang ada syarat-syarat yang harus di patuhi untuk setiap penumpang yang mahu menaiki kapal terbang .  Saya pun pernah jugak belek-belek dan baca terms tu masa nak tempah tiket.  Selamat ke tak wanita mengandung naik kapal terbang masa tu jom teruskan membaca .

Terbang ketika awal kehamilan

Selalunya masa awal kehamilan ni orang perempuan memang mudah keguguran. Tidak kira semasa menaiki  kapal terbang , naik bas, naik kereta atau ketika berjalan sekali pun mereka terdedah dengan risiko keguguran. Jika di awal mengandung ni tak di sebut tidak di benarkan dalam syarat syarat penerbangan maka pada pada pandangan saya ia masih selamat. Saya bukan doktor nak kata yes and no.

Bagaimanapun saya nasihatkan call dulu syarikat penerbangan tentang status kita sebelum menempah tiket. Jika okay bolehkan teruskan membuat tempahan. Dalam masa yang sama lebih baik standby surat pengesahan dari doktor yang mengesahkan kita fit untuk menaiki kapal terbang. Lebih baik bertanya dari awal supaya tak ada masalah ketika nak check in.

Jika anda hendak pergi berjalan di suatu tempat yang memerlukan anda mempunyai vaksin, dapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu.

Jika kita teliti polisi Airasia tentang tempahan tiket untuk wanita mengandung naik kapalterbang, ada di sebut 3 perkara di bawah :

  • Kalau masa menaiki flight usia kandungan di bawah 27 minggu, sewaktu check in kita mesti isi Airasia Limited Liability Statement iaitu borang khas yang mengesahkan bahawa Airasia tidak akan bertanggungjawab dengan segala kemungkinan sewaktu penerbangan.
  • Jika usia kandungan antara 28- 34 minggu , selain borang khas tadi surat dari doktor yang mengesahkan usia kandungan juga di perlukan . Sijil atau surat doktor tersebut mestilah bertarikh tidak lebih dari 30 hari semasa tarikh pergi dan tarikh balik
  • Usia kandungan 35 minggu ke atas tidak di benarkan menaiki kapalterbang

7 Tips wanita mengandung naik kapalterbang

1. Apabila menempah tiket penerbangan anda, pastikan untuk kita memberitahu status kehamilan. Tak perlukan sorokkan apa-apa untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini. Selalunya jadi begini bila perut masih kecil dan tidak kelihatan seperti orang sedang mengandung.

2. Kebanyakan syarikat penerbangan akan memerlukan sijil atau surat daripada doktor anda jika anda merancang untuk melancong 28 minggu dan seterusnya kehamilan. Surat itu mesti menyatakan tarikh bersalin anda dan mengesahkan bahawa tiada komplikasi  dalam kehamilan anda dan bahawa anda adalah sihat untuk terbang. Semak dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu kerana mungkin ada polisi yang sedikit berlainan antara sesebuah syarikat penerbangan walaupun secara amnya ia lebih kurang sama.

3. Pilih tempah tempat duduk di bahagian aisle iaitu berdekatan lorong supaya anda boleh bergerak tanpa mengganggu penumpang kedua-dua belah anda jika anda perlu menggunakan tandas atau bergerak.

Wanita mengandung naik kapalterbang perlu banyak minum air

4. Wanita mengandung naik kapalterbang juga lebih mudah terdedah kepada dehidrasi atau kekurangan air, jadi pastikan anda minum banyak air kosong. Bawa air minuman sendiri supaya anda boleh minum bila bila waktu terutama ketika baru memasuki kapalterbang.

5. Bawa makanan ringan atau buah segar sebagai bekalan di sepanjang penerbangan. Makanan seperti kurma sangat bagus kerana ia dapat memberikan tenaga dengan lebih cepat.

6. Pakai pakaian yang longgar untuk keselesaan . Mana-mana wanita mengandung naik kapalterbang juga patut elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Ia menyeksakan badan malah membahayakan kesihatan dan keselamatan jika kaki terpelecok. Jika memakai kasut bertali pula biarlah yang mudah di laraskan jika kaki kita membengkak.

7. Sesuaikan  tali pinggang keledar supaya ia adalah di bawah benjolan anda supaya anda rasa lebih selesa. Wanita mengandung naik kapalterbang juga perlu patuh kepada  garis panduan kesihatan dan keselamatan yang sama seperti orang lain.

Kesimpulannya selamat atau tidak menaiki kapal terbang bergantung pada tahap kesihatan wanita tersebut. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab wanita mengandung mematuhi peraturan yang di kenakan kerana status mereka yang istimewa. Jika mereka ambil mudah dan melanggar syarat tersebut, bukan sahaja ia membahayakan kesihatan mereka sendiri malah ia bakal menyusahkan penumpang yang lain.
7 Tips Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang 7 Tips Wanita Mengandung Naik Kapal Terbang Reviewed by Asyraf Zack on 15:55:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.