9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam

Bercuti di Vietnam

9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam | Bandung, Ghuang Zhou dan Ho Chi Minh City adalah tempat memborong bagi peniaga Malaysia . Yang melancong pun serupa sebab di mana barang murah di situlah tempat tumpuan pelancong.

Yang borong banyak-banyak untuk berniaga atau borong nak pakai sendiri mesti cuba nak elak bayar cukai dekat airport. Jom cuba beberapa tips supaya dapat elak atau kurangkan tax yang perlu di bayar sewaktu bercuti ke Vietnam. Tapi kalau kena bayar juga dan di tanya cakaplah elok-elok dan bersopan santun.

9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam

Vietnam popular dengan barangan tekstil seperti baju kurung, tudung, kain cotton. Selain itu bagi yang suka barang travel beg galas seperti Deuter sangat famous di sana kerana Deuter mempunyai kilang di Vietnam.


Kalau yang kata barang Deuter di sana ori tak boleh nak percaya sangat sebab ia untuk pasaran luar Vietnam. Kalau seludup lain tapi rata-rata ia adalah jenis high quality untuk menandakan ia adalah barangan tiruan.

Barang-barang ni semua kena bersiap sedia untuk di kenakan cukai kerana bila bercuti ke Vietnam dan tak beli barang-barang ni rasa menyesal bila dah sampai Malaysia. Harga kat negara kita mahal kecuali kita peniaga dan rasa tak berbaloi kalau beli dengan pembekal di Malaysia lebih murah.

Kalau tak nak kena cukai atau bayar sikit aje jom tengok beberapa cara yang boleh di cuba.

1. Buang semua plastik pembalut baju atau barang yang kita beli. Barang yang masih berbalut menandakan ia barang baru. Kalau masih dalam plastik mesin scanner nampak ia barang baru.

2. Kalau beli barang nak buat berniaga eloknya test dulu buat dropship. Kalau ada sambutan dan customer selalu cari boleh beli dalam kuantiti kecil. Kalau dah ada regular customer boleh beli dalam kuantiti yang lebih.

3. Kalau di suruh bayar cukai minta resit sebagai bukti . Bayaran cukai tanpa resit menandakan bayaran tu tak sah .Maknanya  duit cukai yang di bayar tadi  tu tak tau pergi ke mana.

4. Elakkan bercuti ke Vietnam  di waktu puncak atau peak time. Bilangan pengunjung terlalu sesak bila bercuti semasa musim perayaan atau semasa cuti sekolah.

5. Buang tag atau label di baju atau barang yang kita beli. Kalau tak buang label menandakan ia barang baru.


6. Pakai barang yang kita beli supaya tak nampak ia barang baru seperti beg travel, beg galas, handbag atau apa saja. Boleh cuba bahagikan kepada beberapa orang yang sekali travel dengan kita. Dah lepas kastam boleh adjust balik barang.

7. Simpan resit setiap barang yang di beli sewaktu bercuti ke Vietnam. Kalau beli banyak dan nak baru nak belajar buat berniaga cuba slow talk dengan penjual di kedai untuk minta resit yang boleh adjust.Jadi resit original tu simpan untuk rekod sendiri.

8. Jika membeli dalam kuantiti yang banyak boleh suruh pekedai hantar barang menggunakan cargo cuma mungkin lewat sampai sikit . Ambik masa dalam seminggu dua juga  . Kalau pakai courrier 3-4 hari dah dapat. Jadi kita tak perlu bayar baggage tambahan dan tak payah risau cukai import. Saya pernah bayar FEDEX RM 112 untuk 100 pasang baju dari Vietnam dan saya rasa berbaloi .

9. Beg yang kita masukkan ke cabin (bukan hand carry) elok di balut plastik sampai ke roda. Servis balut beg ni ada kat airport cuma harga ikut bayaran sesebuah negara. Kalau di Europe memang mahal cecah ratus ringgit juga. Cara ni sebenarnya nak elakkan roda beg rosak tapi dalam masa yang sama kastam malas sikit nak periksa.

Ringkasnya kalau ke mana saja kita pergi samada bercuti atau melancong risiko kena bayar  cukai tetap ada. Cuma bila berhadapan dengan pegawai kastam cakap elok-elok.Jangan menipu kerana pegawai kastam tu dah biasa sangat dan boleh tau kalau tengok passport kita penuh dengan cop atau tidak.Kalau nasib kita baik dan ada rezeki tak payah bayar langsung.
9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam 9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam Reviewed by Asyraf Zack on 13:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.