Apa Yang Menarik Jika Bercuti Ke Maldives






Bercuti ke Maldives

Apa Yang Menarik Jika Bercuti Ke Maldives ? | Beberapa bulan lepas kawan saya telah  ke Maldives atas urusan kerja. Menurut rakan saya air laut di Maldives sangat jernih hingga boleh nampak hidupan laut serta batu batu yang cantik.

Airasia pun beberapa bulan dulu ada buat pengumuman penerbangan terus ke Maldives. Alang-alang saya berbual dengan kawan saya sempat saya tanya tentang pengalaman beliau semasa di sana. Mana tau lepas ni boleh lepak kat sana pulak.

Di mana letaknya negara Maldives?

1. Maldives terletak di pulau di Lautan Hindi bersebelahan dengan India. Ada banyak penerbangan dari Malaysia ke Maldives seperti Malaysia Airlines Berhad, Tiger Air , Singapore Air Lines ( SIA ) Sri Lanka Air dan juga Airasia. Airasia akan mengadakan penerbangan terus ke Maldives 3 kali seminggu mulai Oktober 2015 yang akan mengambil masa dalam 4 jam .

2. Male adalah ibu negara Maldives dan bandar Male ni taklah besar mana. Pulau yang famous di Maldives ialah Pulau Kandooma Fushi . Kalau nak ke pulau ni kena naik bot dalam 30-40 minit dan di sepanjang perjalanan tu boleh nampak banyak pulau lain yang di jadikan resort.

3. Ada lebih dari 1000 pulau di Maldives tetapi yang ada penghuninya dalam 200 buah pulau aje. Penduduk Maldives pula ada lebih kurang 350 000 orang. Ugama rasmi di Maldives adalah ugama Islam ( saya tak tahu rupanya negara kecik ni negara islam ).

4. Maldives menggunakan mata wang mereka sendiri iaitu Ruffia. Kalau nak cari kadar tukaran wang asing di currency exchange cari ‘ Maldivian Ruffia’ . Kalau tengok rate hari ni RM 1.00 = MVR 3.6. Bagaimanapun jika kita ke sini duit dollar atau USD memang di terima. Saya tak pasti kalau di pengurup wang susah atau senang nak dapat duit Ruffia ni.

Apa yang menarik jika kita bercuti ke Maldives ?

Sebut saja Maldives ramai orang bayangkan yang Maldives ni tempat percutian mewah . Kira tempat eksklusiflah sebab lautnya yang cantik luarbiasa sampai ikan dan batu dalam air pun boleh nampak kalau tak pakai spek.

Ha ha kawan saya yang rabun tu pun boleh nampak ikan kalau tak pakai cermin mata.Menurut rakan saya sepanjang 5 hari beliau di sana sambil jalan-jalan dan berkenalan dengan rakan sekerjanya di sana lebih kurang begini :

1. Semua rakyat Maldives berugama Islam. Jadi makanan halal tu tak ada masalah antara tekak kita boleh terima atau tidak aje. Kalau lapar sumbat ajelah apa yang di hidangkan.

2. Makanan agak mahal. Kalau di Male dan nak cari makanan yang murah cari yang bertulis cafe bukan restoran. Kalau restoran di anggap eksklusif macam style hotel dan anda kena bersiap sedia untuk bayar RM 70-RM 90 untuk 2 pinggan nasi goreng. Cekik darah ye tak ?

3. Arus laut di Maldives sangat kuat mungkin sebab negara tepi laut ni tiada apa yang menghalang udara dari bertiup kencang. Aktiviti snorkling dan scuba diving adalah aktiviti paling popular kerana Maldives banyak pulau yang cantik-cantik.



Scuba diving di Maldives


4. Maldives ni macam negara orang putih juga sebab rata-rata mereka menggunakan kad kredit dalam urusan seharian termasuk kedai runcit. Malaysia pun kalah dalam hal ni.

5. Di pasar kalau nak beli ikan mereka letak atas lantai aje.Kalau nak beli pakai kira ekor. Contohnya nak 3 ekor bayar untuk 3 ekor dan kena bawak plastik sendiri. Pasar macam ni pun ada. Lagi satu kalau beli ikan saja harga lain dan kalau mintak di bersih atau di siang ikan ada caj upah tolong siang ikan .

6. Maldives bukan tempat untuk kaki shopping sebab sini banyak pulau dan kalau baju yang di jual pun style yang orang kita tak pakai. Macam ala-ala yang pendatang asing kat Malaysia ni pakai. Faham tak agaknya?

7.Kalau kita bercuti ke Maldives dan nak mandi di public beach ( pantai awam untuk orang Maldives sahaja ) tak boleh pakai baju mandi style mat salleh. Nak pakai macam tu kena duduk dekat private island. Nak pakai apa pun tak apa kalau dah namanya private island. Strict kerajaan Maldives ni dan patutnya negara kita pun buat macam ni betul tak ?

8.Maldives rupanya banyak import produk dari Malaysia macam mee segera maggi tu, cili sos, air dan buah dalam tin. Boleh je jumpa makanan macam ni dekat kedai runcit.

9.Jika bercuti di Maldives seronoknya kita tak perlu bawa adapter sebab mereka menggunakan plug 3 pin sama seperti negara kita.



plug 3 pin


10. Penerbangan ke Maldives akan menerbangkan kita ke Lapangan Terbang Ibrahim Nasir yang terletak di Hulhule. Hulhule adalah pulau airport yang di jadikan perhentian untuk mengambil semua penumpang ke hotel atau resort yang di tempah. Pihak resort atau hotel akan menyediakan pengangkutan atau airport transfer ke hotel mereka.

Pengangkutan airport transfer ini ada 3 jenis iaitu seaplane aitu kapal terbang yang akan landing atas air, speedboat dan juga teksi ,van atau bas.Ini bermakna anda kena semak jadual check in dengan masa anda sampai kerana jika pihak resort tidak menyediakan speedboat yang beroperasi 24 jam anda terpaksa menginap dulu di Male atau Hulhumale.

Dah teringin nak bercuti ke Maldives ?

Seronok pulak saya dengar cerita kawan saya tentang Maldives ni walaupun saya bukan kaki pulau. Nak kata kaki shopping pun tidak tapi kalau jumpa shopping complex tak pernah lagi shopping complex tu tak dapat duit saya.

Hotel di Maldives ni ada yang murah juga sebab rata-rata bila sebut Maldives mesti fikir hotelnya mahal. Kalau saya check dekat laman web dan buat booking beberapa bulan dari sekarang boleh dapat standard room untuk sharing pada harga RM 180-RM 200 untuk satu malam. Kalau di bahagi 2 baru seorang bayar RM 90-RM 100.

Cari Hotel di Maldives

Kalau duduk di resort yang mahal dan bukan duduk di guest house tentulah harganya tinggi. Untuk orang seperti saya yang lebih pentingkan bajet berjalan dari bajet duduk dalam hotel eksklusif, harga tu kira boleh tahan.

Apa Yang Menarik Jika Bercuti Ke Maldives Apa Yang Menarik Jika Bercuti Ke Maldives Reviewed by Admin on 01:53:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.