Ingin bercuti di Turki? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika...............



Bulan lepas kawan saya ada racun-racun sikit ajak pergi bercuti ke Turki tahun depan .Tapi promo tu limited sangat sampai tak dapat nak fikir betul-betul.Jadi burn la harapan nak book tiket hari tu.

Susah sikit kalau masih ada anak sekolah ni.Kena plan betul-betul supaya bila kita tak ada ada orang yang boleh uruskan mereka nak ke sekolah.

Insyaallah dah tau cara dapat tiket murah tu taklah terkilan sangat walaupun tiket hari tu boleh dapat serendah RM 1300 returned dan ada transit lagi.Itu taktik sejukkan hati sendiri namanya.

2 minggu lepas juga kalau tak silap saya ada kecoh dalam group backpacker kat facebook pasal aiskrim Turki. Apa yang special sangat sampai aiskrim pun nak cerita.

Jadi saya bukaklah video pasal aiskrim tu kat sana.Hmm kalau kat Malaysia penjual aiskrim tu buat kat saya memang terbalik kiosk aiskrim dia saya kerjakan he he.

Kalau kat oversea kena behave sikitlah sebab negara orang kita kena hormati budaya orang lain. Itu keunikan mereka.Lagi satu jangan cari pasal di negara orang nanti kena banned pulak buat tak tentu arah.

Rupanya kat mana-mana negara yang ada kiosk jual aiskrim Turki ni memang begini cara mereka menjual. Kalau yang jenis tak sabar dan bila time nak makan atau minum ni jenis nak jam-jam tu jugak memang berangin di buatnya.

Tapi bila tengok balik kelakar pulak bila kena troll dengan penjual aiskrim ni. Biasanya kalau mat salleh memang mereka jenis sporting dan sabar bila benda-benda macam ni.

Cakap panjang-panjang pun tak guna jom tengok video ni. Siapa yang tak sabar kena beli aiskrim tempat lain.Nanti tak pasal-pasal aiskrim entah ke mana penjual aiskrim tu pun dah terperosok kat longkang he he.
Ingin bercuti di Turki? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika............... Ingin bercuti di Turki? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika............... Reviewed by Admin on 12:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.