RESEPI MUFFIN TELUR



RESEPI MUFFIN TELUR

Bahan-Bahan:

<+> 5 biji telur gred B
<+> 2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
<+> 1/2 batang carrot – dipotong kecil
<+> Sedikit timun – dipotong kecil
<+> Sedikit lada benggala – dipotong kecil
<+> Garam secukup rasa
<+> Serbuk lada hitam

Cara Memasak:

  •  Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat
  •  Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin
  • Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap
  • Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada
  • Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)
  • Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C)
  •  Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah
  • Tunggu hingga sejuk dan hidangkan


RESEPI MUFFIN TELUR RESEPI MUFFIN TELUR Reviewed by Asyraf Zack on 16:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.