Resepi Puding Roti Berlapis Koktel Mudah



Resepi Puding Roti Berlapis Koktel

BAHAN-BAHANNYA:

PUDING:

[+] 8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
[+] 80 gm mentega
[+] 50 gm kismis
[+] 100 gm buah pic
[+] 100 gm buah koktel
[+] 50 gm gula kastor
[+] 3 biji telur
[+] 3 cawan susu segar

SOS KASTAD:

[+] 1 tin susu cair
[+] 2 s/b tepung kastad
[+] 2 s/b gula
[+] Sedikit pewarna oren

CARA-CARANYA:

PUDING:

1.  Roti dipotong kepada 3 segi kecil...

2.  Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula...

3.  Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti...

4.  Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula...

5.  Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan...

6.  Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c...

7.  Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong...

SOS KASTAD:

1.  Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan...

2.  Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan...

Resepi Puding Roti Berlapis Koktel Mudah Resepi Puding Roti Berlapis Koktel Mudah Reviewed by Asyraf Zack on 15:10:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.