Tips Travel Ke London


London adalah ibu negara England, sekaligus bandar terbesar di sini. Malaysia Airlines ada penerbangan terus dari KLIA ke London Heathrow dengan pesawat A380. Satu lagi yang ada direct flight adalah British Airways. Harga average paling murah untuk direct flight ni dalam RM3500 - 4000 macam tu untuk return.

Kalau nak murah lagi boleh ambil flight transit. Biasanya budak-budak yang study di UK ambil flight Etihad, transit di Abu Dhabi. Harga average dalam RM2600 return.

Walaupun dah banyak tips pasal travel dalam blog ni tapi nak juga tulis lagi ...




Tips Penginapan Bajet Di London

Kalau keluarga atau travel ramai-ramai boleh sewa aparment. Tong-tong ramai lebih menjimatkan. Satu rumah boleh dapat dalam RM550 satu malam di area Kensington. Kena rajinlah survey dan mencari. Di area outskirt lebih murah, of course.

Kalau hostel di kota London harga average dalam RM180 satu malam ke atas. Private room of course lagi mahal. Hotel bajet di London pun bermula dari RM600 satu malam. Kalau di outskirt dalam RM300 boleh dapat.

Kalau nak try pengalaman baru boleh cuba yang free stay… Guna Coachsurfing, Stay4Free ke, atau Global Freeloader. Saya belum pernah cuba lagi, dan setakat ni belum rasa keinginan hehe. Harga-harga di atas ni kira average la ya… agak-agak tukaran Pound ke Ringgit Malaysia.



Central Park Hotel

Tips Makan Bajet di London

Harga makanan di London ni widely range lah. Hehe. Kalau nak makan makanan Malaysia, sila lah ke Malaysian Hall di Bayswater. Tapi jangan terkejut lah dengan harganya. Jauh kot. Teh tarik pun 2 Pound ye… (dalam RM13). Kalau makan kebab tu boleh la bajet kenyang dalam 5 Pound or less.




Kalau makan fish & chips agak2 dalam 10 Pound macam tu. Kalau masuk restoran, untuk seorang makan boleh lah bajet dalam 20 Pound (tapi tengok jugaklah ye, jangan masuk restoran mewah siap fine dining). London ada banyak tempat makan halal. Kitorang biasanya menyantap di area Bayswater ataupun Edgware Road.



 Edgware Road


Tips Perjalanan Bajet di London

Silalah beli kad prepaid untuk transportation – Oyster Card, atau travel pass (kalau nak stay for 1 hari atau up tp 7 hari & mmg banyak naik public transport) – buat bacaan sikitlah ye nak compare. Oyster Card & Travel Pass ni boleh beli di train station yang bersambung dengan Heathrow Airport. Jimat banyak pakai Oyster ni, dalam 50% jugak. Boleh guna untuk naik tren dan bas. Midnight bus pengangkutan paling murah di London. Tapi kami tak suka naik bas coz asyik sesattt je.



Oyster Card

Jangan lupa ambik tube map dan install apps untuk naik tube London. Stesen-stesen tube ni kalau bawa stroller memang haru sikit… tangga dia sikit punya tinggi.Eskalator yillek. Kalau tak sanggup mengangkut sebaiknya pakai baby carrier saja.

Teksi London sangatlah mahal. Kalau bajet, takyah la naik teksi.


Tips Melawat Keliling London

Jalan-jalan di London panjang-panjang, tapi interconnected dengan tube. Kalau nak jalan kaki, pilih lokasi mana nak pegi & mulakan dengan naik tube/bas. Bas memang bersepah-sepah. Tapi kena check route & nombor betul-betul.

London ada banyak muzium yang menawarkan free entrance. Best kan boleh belajar tentang sejarah London secara percuma je..



 Trafalgar Square

Jangan lupa ke Trafalgar Square, Central of London katanya.. dari sini boleh jalan kaki ke Buckingham Palace. Jangan lupa tengok upacara pertukaran guard di Buckingham Palace, jam 11.30 pagi everyday.


Central of  London


Enjoy London Like Locals Do

Hari Ahad adalah Market Day di London. Kalau kena ada di London hari Ahad, boleh jalan-jalan ke Candem Market ke , Portabello Market ke. Tak shopping pun takpe, boleh ambik gambar cantik-cantik.




Orang London suka jalan-jalan di sekitar Sungai Thames. Alang-alang nak ke London Bridge kan… boleh naik tube stop di London Bridge Station. Aha… jangan confuse London Bridge dengan Tower Bridge. Yang selalu jadi lambang landmark tu Tower Bridge. London Bridge ni jambatan biasa je…


Tips Penting ke London

  • Power plug dia sama macam kita, 3 pin. Tapi better bawa universal adapter je.
  • London guna matawang Pound ye, jangan bawa Euro pulak.
  • Oxford Street adalah area shopping paling happening di London. Biasanya orang suka shopping di Primark. Murah-murah!
  • Kat sini kalau merasa air Evian, murahhh. Kat KL sebotol besar tu RM9, kat sana 1 Pound je.
  • Taman-taman di London ada banyak, dan ramai orang bersantai… Boleh tapau makanan & piknik ramai-ramai.


OK, selamat ke London!
Tips Travel Ke London Tips Travel Ke London Reviewed by Admin on 20:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.