5 Perkara Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke Australia



5 Perkara Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke Australia


1. Musim di Australia terbalik dengan musim di Eropah

Australia mengalami 4 musim. Oleh kerana negara kangaroo ini  terletak di Hemisfera Selatan musim sejuknya bermula sekitar bulan June – August. Di Eropah musim sejuk mereka bermula mulai bulan December sehingga pertengahan Mac.Jadi kalau nak rasa bercuti di musim sejuk di Australia datanglah antara bulan June sehingga August ye.

Berikut sedikit cuaca dan musim di Australia sebagi panduan

Musim panas (summer) – Disember hingga Februari.
Musim luruh (autumn) – Mac hingga Mei
Musim sejuk (winter) – Jun hingga Ogos.
Musim bunga (spring) – September hingga November


2. Nak masuk Australia kena pakai Visa

Berbeza dengan Europe,untuk memasuki Australia kita kena apply Visa.Tak kira berapa lama kita di sana kita boleh apply secara online sebab sistem mereka canggih. Bayaran di kenakan bergantung kepada kategori mana anda di kelaskan selepas memasukkan detail di web imegresen mereka.

Boleh terus ke laman web  Eletronic Travel Authority Australia. Kalau setakat untuk kita melancong dan berada di sana kurang dari 3 bulan bayaran permohonan Visa  dalam AUD 20 sahaja atau lebih kurang RM 61.00 +.

Kalau negara-negara kesatuan Eropah atau EU rakyat kita boleh masuk tanpa Visa. Negara-negara tersebut di panggil negara-negara ‘schengen’ yang mana kita bebas keluar masuk tanpa perlu memohon visa terlebih dahulu.  Malah kalau kita masuk ke beberapa negara sekalipun rata-rata passpost kita hanya di cop di negara yang kita mula sampai sahaja.


3. Imigresen Australia sangat ketat

Ramai yang merungut jika bercuti ke Australia tanpa buat sedikit persediaan. Australia berhadapan dengan masalah pendatang terutama dari Indonesia yang kedudukannya tak berapa jauh kalau di lihat daalam peta dunia. Mungkin itu penyebab mereka agak strict dengan orang luar. Ramai yang nak curi-curi masuk dan nak bekerja petik buah epal di sana. Tapi negara kita pun apa kurangnya lebih-lebih lagi dengan kelembapan dan masalah rasuah yang memang macam tak ada harapan nak sembuh kat Malaysia ni.

Makanan memang susah di bawa masuk ke Australia. Ia melanggar peraturan negara mereka. Jadi berhati-hatilah ketika berhadapan di pintu masuk mereka.Declare saja apa makanan yang anda bawa dengan cara menyenaraikannya dalam satu list khas. Jika di tanya beritahu je bukan officer tu faham sangat pun tapi itu menunjukkan yang kita prihatin dengan undang-undang negara mereka. Insyaallah boleh lepas makanan tu kalau kita tau caranya.

Tapi kadang kadang nasib nasib juga sebab yang bermastautin di Australia yang berstatus PR pun kadangkala mengalami kesukaran apatah lagi yang datang sekali-sekala.


4. Waktu sesuai bercuti ke Australia bergantung pada apa yang anda nak cari di sana

Oleh kerana kita selalunya berjalan dengan famili waktu cuti sekolah jadi anda kena semak dulu cuaca pada tarikh anda nak pergi. Seeloknya check juga adakah tarikh yang kita pilih tu rakyat negara tersebut juga sedang bercuti atau sedang cuti sekolah juga. Kalau tidak mungkin harga bilik hotel akan jadi sangat mahal.

Kalau ikut waktu cuti sekolah rakyat Malaysia awal bulan June ( musim sejuk di Australia ) dan hujung bulan November hingga February( musim panas ). Jadi kalau pilih bulan June bawalah winter coat atau apa saja baju musim sejuk yang sesuai .

Di Australia di bandar Melbourne dan Sydney ada Malaysian Hall. Di Malaysian Hall kita boleh tempah bilik tetapi kena booking awal sebab selalu penuh.


5. Australia sangat besar dan tempat menarik di negara mereka bergantung pada bandar mana yang kita nak pergi



Australia merupakan negara ke 6 terbesar di dunia. Paling penting sebelum pergi check dulu apa yang ada di bandar bandar tersebut .Kalau suka bawa anak-anak boleh cuba ke Gold Coast sebab ada banyak theme park di situ.

Sydney adalah bandar yang paling famous dan paling mahal. Antara yang popular di Sydney ialah

1. Sydney Opera House


Ini mercu tanda bandar Sydney. Kalau kita datang ke sini rasa tak sah kunjungan kita jika tak bergambar dengan latar belakang Sydney Opera House ini.Tempat ni biasa kita tengok orang ambik gambar atau shooting drama dengan latar belakang bangunan yang unik. Bangunannya macam bentuk kipas dan view cantik bila bergambar dengan latar belakang bangunan tu. Kreatif arkitek yang design bangunan ni.


2. Harbour Bridge


Harbour Bridge terletak dekat dengan Sydney Opera House. Boleh cuba buat bridge climb di jambatan ni kalau anda suka aktiviti lasak. Bagi yang takut dengan ketinggian lupakan saja.


3. Darling Harbour




Berdekatan dengan Darling Harbour ada Paddy’s Market Station yang menjadi tumpuan membeli souvenir yang murah-murah ( ikut rate sanalah kalau murah tu ). National Maritime Museum , Tumbalong Park juga terletak berdekatan di samping banyak persembahan jalanan yang boleh kita lihat untuk jamu mata. Pada setiap hari Sabtu pula pada sebelah malam ada persembahan bunga api. Hah menarik tu.


4. Bourke Street

Ni tempat untuk kaki shopping sebab ada banyak kedai baju dan ada outlet H&M.Saya baru masuk H&M semalam, tak adalah mahal baju kat H&M ni. Dulu kerja sebelah KLCC lalu je kat outletnya tu hari hari.

Kalau tak nak shopping dan save duit jalan-jalan je sekitar kawasan. Di sini juga ada  kedai makan halal Indonesian yang famous untuk rakyat Malaysia iaitu Restoran Blok M Express.Boleh hilangkan rasa ketagih nak makan nasi dengan lauk pedas-pedas kalau dah masuk ke sini.


5. Luna Park, Sydney


Ini Theme Park yang popular di sana. Jika bawa anak-anak mesti mereka suka tempat ni. Begitulah lebih kurang serba sedikit tentang Australia. Ada banyak lagi lokasi pelancongan jika mahu bercuti di Australia kerana yang saya tulis tadi sedikit saja dan hanya di Sydney. Belum masuk lagi di Perth, Melbourne, New South Wales dan sebagainya.

5 Perkara Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke Australia 5 Perkara Kena Tahu Sebelum Bercuti Ke Australia Reviewed by Admin on 16:44:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.