Apa Yang Menarik Di Busan

Korea antara destinasi yang selalu menjadi pilihan pelancong. Malah ramai orang Malaysia juga suka kesana. Ditambah lagi harga tiket penerbangan sekarang agak murah berbeza dari dulu.




Cuaca Di Busan Korea

Cuaca di Korea ada empat musim yang berbeza iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Selalunya saya suka pergi bercuti pada musim bunga atau musim sejuk ala-ala winter sonata gitu.

Musim sejuk (winter) biasanya akhir bulan November. Cuaca di Busan agak kurang sejuk berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Korea kerana tiada salji.

Mudahlah hendak berjalan.


Busan Stadium

Apa Yang Menarik Di Busan Korea

Apa yang menarik di Busan Korea Selatan? Saya sendiri pun tidak pernah kesana. Tetapi saya ada membuat research dan bertanya rakan-rakan.

Busan atau dikenali sebagai Pusan adalah bandar kedua terbesar yang terletak di Korea Selatan dan berfungsi sebagai pelabuhan utama untuk kargo antarabangsa, feri penumpang ke Jepun dan Cheju Island. Berbeza sedikit dari Seoul yang lebih kepada bandar metropolitan.

Dari segi Geografi, Busan mempunyai pantai yang memukau, tebing indah, dan gunung-ganang yang mempunyai panorama yang luar biasa. Terkenal dengan makanan laut dan pantai, juga sebagai Waterway Hallyosudo dengan pulau-pulau yang indah.

Pelbagai festival dan acara-acara yang diadakan di bandar Busan sepanjang tahun. Dikenali sebagai pusat industri filem Korea kerana kejayaan menjadi tuan rumah Busan International Film Festival dan pelbagai acara sukan antarabangsa.

Antara tempat-tempat menarik di Busan, Korea Selatan…



Jagalchi Fish Market

Pasar Ikan Jagalchi sebuah kawasan pasar basah paling menarik dan terkenal di Busan. Penuh dengan gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan laut.

Selain itu meriah dengan restoran makanan laut yang segar di dalam bangunan tujuh tingkat. Musim sejuk kalau dapat makan seafood segar dan panas memang sedap kan.

Busan Museum

Busan Museum adalah salah satu tempat yang terbaik untuk merasai dan melihat budaya masyarakat di Korea. Mungkin sama dengan Muzium Negara dimana semua artifak sejarah ada disitu. Terletak tidak jauh dari kawasan Haeundae.

Informasi yang saya dapat kita boleh mencuba pakaian tradisional diraja iaitu pakaian raja dan pemaisuri Korea. Kita juga dapat mengetahui sejarah dan kebudayaan di Korea.

Dengar kata masuk pun percuma.

Busan Aquarium


Busan Aquarium




Busan Aquarium juga merupakan tarikan yang utama di Busan dan salah satu tempat yang wajib kita lawati. Ramai yang menulis rugi jika tidak ke Busan Aquarium.

Terdapat begitu banyak spesies air yang berbeza yang tidak pernah kita lihat. Tentunya ada pertunjukkan menarik seperti 3D show, penguin show dan macam-macam lagi.

Biasa tempat sebegini banyak menjual cenderahati.


Seomyeon


Seomyeon

Seomyeon adalah pusat bandar. Terdapat banyak restoran dan kawasan membeli-belah yang meriah dengan penjual tepi jalan dan bar dipanggil Youth Street.

Boleh dikatakan kawasan yang agak komersial, tempat anak-anak muda melepak. Mungkin lebih kurang sama seperti Kuala Lumpur juga.


Gamcheon Culture Village


Gamcheon Culture Village




Gamcheon Culture Village adalah salah satu kawasan kegemaran pelancong. Sekali pandang macam Italian Riviera, Italy pun ada juga. Pemandangan indah dan rumah berwarna warni yang terletak dilereng bukit.

Gamcheon Culture Village merupakan kawasan setinggan bekas pelarian perang Korea. Memang sesuai dengan nama, sebuah perkampungan yang unik dan penuh dengan sejarah.

Kita boleh melihat masih kekal kelihatan cara kehidupan pelarian Korea dahulu dimana rumah agak kecil dan tersusun rapat. Pasti yang tinggal disitu sekarang keturunan dan anak cucu mereka.


Yongdusan Park


Yongdusan Park

Ada maksud disebalik nama Yongdusan. “Yongdu” maksudnya kepala naga, dan “san” bermaksud gunung. Orang kata taman gunung ini menyerupai kepala naga yang baru muncul dari laut. Yelah agaknya.

Kini, Yongdusan Park merupakan taman yang paling popular di Busan. Dari Yongdusan Park anda boleh lihat 360 darjah panorama seluruh Busan dengan pemandangan laut biru, pelabuhan, bukit-bukit, jambatan yang mengagumkan, kapal dan bot nelayan kecil.

Kalau cuaca cerah boleh nampak jelas Pulau Tsushima, Jepun mesti cantik dan nyaman.


Haedong Yonggung Temple


Haedong Yonggung Temple


Haedong Yonggungsa Temple adalah antara kuil tertua di Busan.

Lebih dramatik kerana lokasi terletak di tebing yang menghadap ke laut. Dibina pada tahun 1376 di bawah naungan Dinasti Goryeo.

Ia tempat yang paling popular dan ramai yang tertarik dengan keunikkannya.


Beomeosa Temple


Beomeosa Temple

Beomeosa yang terletak di lereng timur Geumjeongsan-san di Busan, dikatakan telah dibina oleh Great Imam Uisang semasa pemerintahan Raja Munmu daripada Silla Kingdom

Kuil ini adalah salah satu daripada tiga kuil terbesar di bahagian tenggara Korea. Mempunyai banyak ciri-ciri budaya dan sejarah yang tersendiri.

Selain itu anda juga harus melawat Dongnae Spa, air panas semula jadi yang tertua Korea dikatakan sering dikunjungi oleh Dinasti Silla Ratu Seondeok pada abad ketujuh.

Pantai Haeundae


Pantai Haeundae

Di sebelah timur adalah Pantai Haeundae yang terkenal.

Banyak hotel-hotel tepi pantai, pusat hiburan mewah dan laluan pejalan kaki yang hendak ke karnival. Pantai yang penuh dengan pelancong.

Ketika cuti musim panas, terutama pada hujung minggu, kawasan itu menjadi padat dengan manusia yang mandi dan bersantai.

Malah semasa musim sejuk masih ramai yang berduyun-duyun ke situ untuk berjalan di sepanjang boardwalk.

Hur Shim Chung Spa


Ini aktiviti yang paling saya suka dan tidak akan lepaskan. Mana-mana negara saya lawati memang tidak sah jika tidak pergi spa. Rasa lega sakit kaki dan ringan badan selepas penat berjalan.

Hur Shim Chung spa adalah komplek air panas terbesar di Asia. Airnya mengandungi banyak magnesium dan suhu adalah sekitar 55 ℃. Disitu kita ada sauna panas dan sejuk, mandi api sederhana, mandi susu dan strawberi.

Terdapat juga kawasan berehat yang luas seperti restoran, salun kecantikan, bilik oksigen dan bermacam lagi.


Masjid Al Fatah Busan


Masjid Al Fatah Busan



Selalunya yang menjadi masalah kepada pelancong beragama Islam adalah tempat makan halal dan tempat solat.

Jika anda mengambil travel agensi ada disediakan pakej Muslim. Mereka akan menyediakan ittenari perjalanan. Jika anda pergi sendiri, informasi ini mungkin boleh membantu.

Ada tersedia Masjid utama di bandar Busan iaitu Masjid Al-Fatah yang dibuka pada tahun 1980. Terletak di Namsan-dong, Geumjeongsan-gu. Terdapat juga beberapa restoran makanan Arab yang halal dipersekitaran masjid tersebut.

United Nations Memorial Cemetery


United Nations Memorial Cemetery

Mana-mana negara pasti ada Nations Memorial park. Nations Memorial Cemetery Park adalah satu-satunya tanah perkuburan antarabangsa di dunia yang dikhususkan secara eksklusif untuk tentera PBB yang terbunuh berjuang semasa Korean War.

Sebagai orang Islam jika kita tidak mahu melawat pun tidak mengapa. Cukup sekadar untuk pengetahuan dan menghormati sejarah negara mereka.

Banyak sebenarnya tarikan di Busan Korea. Dari apa yang saya baca terdapat lebih 137 tempat menarik di Busan Korea. Kalau nak discover semua tempat memang kena ambil cuti panjang dan sediakan itenari yang terperinci, rasanya yang saya tulis ini pun sudah cukup banyak..huhu.


Apa Yang Menarik Di Busan Apa Yang Menarik Di Busan Reviewed by Admin on 17:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.