Apa Yang Menarik Di Dubai. Jom Kita Tengok!


Dubai sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak. Rakyatnya cuma sejuta lebih, manakala pekerja asing juga berjumlah sejuta lebih. Sebuah negara arab yang sedang menerima gelombang globalisasi penuh dengan bangunan moden dan bangunan yang tinggi-tinggi.

Bahasa Inggeris adalah bahasa perhubungan di Dubai, ini adalah kerana semua pekerja dipremis-premis perniagaan kebanyakan dan sebahagian besar dari negara Filipina.  Selain warga Bangladesh dan Pakistan juga sangat ramai yang mencari makan di sini.

Warga Malaysia juga agak ramai, tetapi kebanyakan mereka bekerja di syarikat minyak dan majoriti adalah golongan profesional seperti jurutera.  Berada di negara ini sesekali terkeliru, samada berada di negara Arab atau Amerika, dipenuhi oleh bangunan yang tinggi, moden, cantik dan unik.  Mari lihat apa yang ada di sini serba sedikit sekadar panduan dan ilmu...

Sambil ada sedikit tugasan ilmiah yang perlu diselesaikan disana, kesempatan diambil untuk melihat kawasan sekitar Dubai.




Bangunan yang tinggi dan moden dapat dilihat disepanjang perjalanan. Sesekali terasa berada di New York pun ada.  Sistem pengangkutan dan perhubungan jalanraya yang sangat baik dan moden. Perjalanan kenderaan teratur dan kelihatan deretan kereta mewah dijalanan begitu banyak sekali.


Burj Khalifa, Dubai


 Burj Khalifa, Dubai

Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia mengalahkan twin tower Malaysia dan Dubai Mall. Permandangan yang paling menarik dan paling disukai oleh para pelancong adalah bahagian puncaknya di mana dari tempat itulah orang-orang boleh menikmati pemandangan luar biasa akan kota Dubai. Untuk menuju puncaknya, boleh memulainya dari tingkat bawah yang iaitu Dubai Mall.


  Dubai Mall


  Dubai Mall

Pemandangan dalam Dubai Mall.  Luas dan sungguh luas, pemandangan didalamnya sungguh cantik dan berbagai barangan mewah dan sederhana ada dijual di sini.  Tapi harga agak mahal.  Untuk membeli-belah lebih baik pergi ke pasar yang berhampiran yang banyak menjual Abaya dan keperluaan wanita dengan harga yang boleh ditawar.


Sistem perhubungan dari stesyen Metro ke Dubai Mall dan Burj Khalifa.  Bagi yang penat berjalan, tidak perlu melangkah, hanya berdiri dan diam, tetap sampai ke hujung. Agak jauh perjalanan dari stesen Metro ke Dubai Mall.


Dubai Aquarium


Dubai Aquarium

Akuarium terbesar dalam Dubai Shopping Mall, pameran terbesar dan percuma.  Sangat cantik dan menarik.


 Candylicious, Dubai Mall


Candylicious, Dubai Mall

Kedai menjual sweets dan coklat yang besar sangat menggugat kesabaran kanak-kanak apabila melaluinya.  Pelbagai jenis manisan, gula-gula dan coklat terdapat disini.  Hiasannya sangat menarik perhatian sesiapa juga yang melintas kawasan ini.  Terletak berhadapan dengan akuarium terbesar di Dubai Mall.

Miracle Garden


Miracle Garden, Dubai

Miracle Garden adalah Aromatic Garden, Butterfly Park, Colorful Peacocks dan Floral Clock yang menambahkan kecantikannya. Ia terletak di area Dubailand. Tapi, bagi orang yang memang berada di daerah iklim tropic mesti sudah biasa dengan taman bunga seperti ini, tapi lihatlah keunikannya. Dubai yang terkenal dengan gurun pasir nyatanya berhasil membangun sebuah taman bunga dengan warna yang beraneka.


The Dubai Fountain

The Dubai Fountain, Dubai

The Dubai Fountain menjadi salah satu tempat mkegemaran para pelancong di dunia. Dengan luas 30 hektar, diketahui sebagai dancing fountain paling besar yang ada di dunia yang di reka dengan posisi tepat di atas Burj Khalifa. Air yang diluncurkan oleh air mancur ini 500 kaki tingginya dan memang boleh disetarakan dengan gedung yang berlantai 50 dan  panjangnya juga 900 kaki ditambah 2 pusat pancuran dan 5 lingkaran yang beragam ukurannya. 

Bukan itu saja, terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Dubai yang patut anda kunjungi. Demikianlah beberapa tempat paling popular dan menarik di Dubai yang perlu dicuba untuk dijelajahi. Semoga info mengenai tempat menarik di Dubai ini dapat bermanfaat untuk anda yang akan bercuti di kota megapolitan tersebut.

Selamat bercuti!


Apa Yang Menarik Di Dubai. Jom Kita Tengok! Apa Yang Menarik Di Dubai. Jom Kita Tengok! Reviewed by Admin on 12:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.