Jom Bercuti Ke Greece. Apa Yang Ada Di Sana?

Bercuti ke Greece. Apa ada di Greece? Di mana letaknya negara Greece? Best ke bercuti dan melancong ke sana? Banyak soalan tentang Greece kerana negara ini mungkin kurang terkenal pada rakyat kita tetapi baru-baru ini kita jika anda menonton tv atau membaca surat khabar pasti ternampak berita tentang kemelesetan ekonomi negara tersebut.

Keadaan ekonomi yang terjejas di sana menyebabkan rakyatnya menjadi huru hara lebih-lebih lagi bila-bila wang mereka di bank di sekat dan di hadkan pengeluarannya. Saya sendiri tak pernah ke Greece lagi. Dengan keadaan ekonomi Greece sekarang ( negara kita pun lebih kurang ), sesuaikah negara tersebut menjadi destinasi percutian?

Greece atau di sebut ‘Gris ‘ adalah sebuah negara Eropah yang terletak di semenanjung Balkan yang berbukit-bakau dengan taburan pulau yang banyak.

Negara ini banyak menyimpan kesan peninggalan sejarah melalui monumen serta bangunan-bangunan lama yang masih di jaga utuh. Bagi pecinta sejarah dan arkeologi rasanya tempat ini adalah paling sesuai dengan mereka. Kalau kaki shopping mungkin tidak .

Jom tengok apa yang saya jumpa bila mencari info apa yang menarik di sana jika mahu bercuti  ke Greece.

1.The Accropolis


Acropolis Di Athens, Ibu Negara Greece



Pemandangan Acropolis dari St Peter Square

Acropolis merupakan sebuah kota lama yang kaya dengan monumen peninggalan sejarah yang berusia beribu-ribu tahun. Ia terletak di Athens ( nama greeknya ialah Athena ) ibu negara Greece. Accropolis tersenarai dalam Unesco World Heritage atau tapak warisan dunia.

Banyak monumen yang terdapat di sini selaras dengan peranannya sebagai  pusat pentadbiran, istana raja , kuil, gereja serta masjid ketika Empayar Ottoman menjajah Athens. Dari puncak bukit kita boleh nampak seluruh bandar Athens sesuai dengan namanya dalam bahasa Greek yang bermaksud 'high city '


2. Santorini Island


Pemandangan di Santorini di waktu siang



Pemandangan di Santorini di waktu malam

Santorini Island atau Pulau Santorini sangat terkenal dengan pulau berbatu-batu yang sangat cantik . Pasir di pantainya berwarna hitam dan di pulau ini ia menjadi tumpuan pelancong untuk melihat matahari terbenam.

Seni bina rumah di Pulau Santorini iaitu di Oia ( di sebut Ia )  unik dengan rumah penduduk seperti kotak-kotak putih berpintu warna biru di lereng berbatu-batu berlatar belakangkan gunung ganang. Mesti sejuk sebab rumah di bina di lereng batu.

Puncak tertinggi di pulau ini ialah Profitis Elias atau Gunung Ilias. Pasti tempat ni menyimpan sejarah yang sangat menarik kerana gunung ini ada kaitan dengan nabi Ilyas a.s  . Kena baca sejarah Nabi Ilyas a.s lepas ni sebab pasti ada sesuatu yang berkaitan dengan sejarah islam di sana.


3. Delphi


Delphi , tapak warisan dunia Unesco



Delphi di Greece

Delphi merupakan tapak peninggalan arkeologi yang terletak di kaki Gunung Parnassus. Ia seperti sebuah colloseum macam di Italy . Tak banyak yang dapat saya cari mengenai Delphi tetapi rasanya ia lebih kurang sama seperti monumen-monumen lain yang banyak terdapat seperti di Athens. Delphi tersenarai sebagai salah satu tapak warisan dunia atau UNESCO world heritage site.


4. Mykonos


Pemandangan dari jarak jauh di Mykonos



Mykonos pusat pelancongan di Greece

Pulau Mykonos terletak di Laut Aegen terkenal sebagai pusat peranginan bertaraf kosmopolitan. Sama seperti di Pulau Santorini, bangunan di sini di cat putih dengan pintu serta tingkap berwarna biru. Jika kita benar-benar mahu berehat dan tidak melakukan apa apa pekerjaan, rasanya tempat tempat seperti ini adalah tempat yang sesuai.

Selain dari tempat-tempat yang di tunjukkan dalam gambar, mungkin kita boleh jejakkan kaki ke pasar-pasar kecil atau flea market serta kedai-kedai menjual souvenir untuk di bawa pulang. Di mana-mana negara ada flea market yang boleh kita tinjau dan amati cara kehidupan serta budaya di sana.

Mungkin mengambil hop on hop off bus atau touring bus lebih sesuai untuk berada dan bercuti ke Greece. Hari selebihnya boleh singgah di negara-negara yang terletak di semenanjung Balkan seperti Bulgaria, Macedonia, Romania , Albania serta beberapa buah negara Balkan yang lain.

PS : Kalau tengok cerita epik Hercules mungkin kita akan tau cerita-cerita di sebalik monumen yang banyak terdapat di Greece.
Jom Bercuti Ke Greece. Apa Yang Ada Di Sana? Jom Bercuti Ke Greece. Apa Yang Ada Di Sana? Reviewed by Admin on 15:46:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.