Pulau Borocay Yang Memukau!



AIR laut biru dan jernih, pasir pantai yang halus serta angin bertiup lembut. Itu gambaran di kotak fikiran penulis setiap kali teringat percutian ke Pulau Boracay di Filipina.

Pulau Boracay terletak di wilayah Aklan, kira-kira 315 kilometer ke selatan Manila. Penulis berkunjung ke pulau itu selama lima hari empat malam, baru-baru ini.

Untuk tiba di Boracay, penulis dan suami menaiki penerbangan AirAsia ke Lapangan Terbang Kalibo dan setelah sampai, kami menaiki van untuk ke jeti Caticlan. Perjalanan mengambil masa selama tiga jam.

Setelah tiba di jeti tersebut, kami naik pula bot selama 15 minit untuk ke Pulau Boracay. Perjalanan kami berbaloi apabila melihat lautan yang kebiru-biruan selepas sampai di Boracay.


Percutian ke Boracay boleh disifatkan sebagai simple and fun kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di pulau tersebut seperti parasailing, island hoping, zipline, helmet diving, menaiki banana boat dan snorkeling.

Di Boracay, terdapat tiga stesen iaitu yang pertama terdiri daripada barisan hotel lima bintang dan pantai yang paling cantik.




Stesen kedua menjadi tempat paling ramai pelancong kerana harga hotel yang tidak berapa mahal, selain night life yang menarik seperti pasar malam dan banyak kedai makan.

Sementara itu, stesen ketiga sesuai untuk mereka yang melancong secara backpacker kerana harga hotel ditawarkan adalah murah, namun agak jauh dari kedai makan.

Sepanjang kami berada di pulau itu, kami dapati harga untuk cenderamata agak murah, namun kos makan agak tinggi.

Biarpun tidak banyak kedai menjual makanan halal, namun masih ada pilihan untuk anda menikmati makanan seperti nasi arab dan makanan laut.

Terdapat beberapa tempat wajib dikunjungi atau aktiviti yang boleh dilakukan apabila datang ke Boracay. Antaranya adalah Magic Island untuk melakukan aktiviti cliff jump. Ada dua ketinggian yang boleh dicuba oleh pelancong iaitu tujuh dan 10 meter. Penulis hanya berani mencuba terjunan setinggi tujuh meter.

Bagi yang menggemari aktiviti masuk gua, anda boleh cuba memasuki Gua Kristal kerana formasi batuan yang unik, selain terdapat lagun di dalamnya.


Gua Kristal

Aktiviti zipline juga menarik dilakukan. Aktiviti ini sama seperti flying fox, namun dilakukan dalam keadaan meniarap. Zipline boleh dilakukan di Gunung Luho.

Pengalaman menaiki flyfish boat tidak dapat dilupakan oleh penulis kerana kelajuannya. Bot ini sama seperti banana boat cuma lebih besar.

Waktu paling ideal untuk ke Boracay adalah dari Januari hingga Mei, manakala Julai hingga September musim hujan.
Pulau Borocay Yang Memukau! Pulau Borocay Yang Memukau! Reviewed by Admin on 21:05:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.