Sharnaaz Ahmad Buat Hati Netizen Tersentuh

Baru-baru ni Sharnaaz Ahmad telah memuat naik foto dia bersama rakan baiknya di Instagram. Sharnaaz sekarang ni boleh katakan antara pelakon yang disegani di Malaysia ni. Walaupun begitu, dia tak pernah lupa asal usul, dengan siapa dia harungi ketika waktu susah dahulu.

Anda boleh lihat ucapan hari jadi Sharnaaz kepada rakan baiknya ni. Ucapannya sangat menyentuh hati dan akan tahu betapa bermaknanya erti persahabatan bagi Sharnaaz. Respect bro!

Kawan Susah Senang

"Ok aku post balik gambar ni.. aku nak cakap sikit satu benda.. ni nama dia apek, budak tepeng, kenal dah masuk belas tahun.. hormat org tua, sangat bertanggungjawap jaga mak dia!! Tak banyak mulut, kadang kadang gila, berangin, kalau lawan dia boleh tiba tiba dok depan terus boleh jadi jet lee dalam sekelip mata kalau org cuit aku atau budak budak kita.. teror nyayi badan sado macam keta tank! Tali pinggang sama dia pakai dah bertahun.. kerja dgn aku time sama sama susah naik waja jabatan siasatan jenayah jsj.. tapi satu aku nak cakap, jiwa dia paling kental aku pernah jumpa atas muka bumi.."

‘Hang sama susah dengan aku.. aku mesti jaga hang’

"Dia yg tolong aku bukak gym dan jaga sampai hari ni, tak pernah mintak naik gaji, tak pernah merungut kerja banyak.. aku pernah cakap dgn hang apek, kalau aku takdak duit sekali pun aku mesti jaga hang.. hang sama susah dgn aku.. aku mesti jaga hang.. maafkan aku kalau aku bukan kawan and bos yg baik, nanti pak aji bakhil naik gaji yee.. apa pun apek aku nak cakap, hang memang sahabat aku dalam diam yg kami semua tau, hang jujur dalam kerja hang dan hang yg terbaik aku pernah jumpa.. sahabat familia mrcf selamanya.. kita brotha sampai mati.. happy birthday apek sevenheaven .. semoga panjang umur dan sentiasa dilindungi Allah swt.. semoga jadi bapa yg baik ameen.. selagi aku bernyawa selagi aku mampu aku akan jaga hang apek.."

Netizen terharu




Sharnaaz Ahmad Buat Hati Netizen Tersentuh Sharnaaz Ahmad Buat Hati Netizen Tersentuh Reviewed by Admin on 13:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.