10 Tahun Menanti, Akhirnya Pasangan Ni Dikurniakan Kembar!

Pasangan ni, mereka menunggu selama 10 tahun untuk lihat 2 garisan di pregnancy test. Akhirnya bukan seorang anak, tapi dapat kembar terus! Wahhh



Alhamdulillah, selepas 10 tahun berkahwin dan mencuba (termasuklah buat appointment dengan pakar, endoscopy, laparoscopy, HSG test yang amat menyakitkan, IUIs, berjuta makcik urut, supplements yang dicadangkan oleh keluarga dan rakan, program detox/treatment, 2 IVFs).. Akhirnya saya dah 3 bulan mengandung! (saya tahu masih awal tapi nak share jugak).


Jadi kepada anda yang masih mencuba dan mencuba, teruskan lagi usaha anda! Saya sampaikan dah terbiasa fikirkan bahawa saya tidak akan dapat zuriat, saya dah banyak kali berputus asa (Sementara tu anda boleh tenangkan diri, pergi travel dan fokus pada kerja anda) dan cuba lagi! InsyaAllah masa anda akan tiba! Perjalanan saya tidak akan berakhir di sini, doakan proses saya selepas ni akan berjalan dengan lancar. Amin! Masih bergenang air mata setiap kali saya bercakap tentang benda ni. Alhamdulilla akhirnya saya dapat lihat sendiri 2 garis di pregnancy test! 2 garisan yang nantikan selama 10 tahun! Alhamdulillah

Sumber: Twitter Nurush
10 Tahun Menanti, Akhirnya Pasangan Ni Dikurniakan Kembar! 10 Tahun Menanti, Akhirnya Pasangan Ni Dikurniakan Kembar! Reviewed by Admin on 16:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.