11 Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu sebagai ibu negeri Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Terletak di lokasi strategik iaitu di tepi pantai dan juga muara Sungai Terengganu, bandar ini cukup cantik dan menjadi pilihan utama lokasi penginapan pelancong selain dari resort di pantai peranginan. Buat pengunjung yang ingin kesana, dibawah ialah senarai tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh dilawati:

1. Bukit Panorama - Kawasan rekreasi menarik di Kuala Terengganu. Pengunjung boleh melihat penorama indah bandar Kuala Terengganu dari puncak bukit ini. Di puncak Bukit Panorama juga terdapat restoran yang menyajikan berbagai jenis makanan termasuk masakan barat.



2. Muzium Negeri Terengganu - Sebuah muzium yang besar terdiri dari Muzium Utama, Muzium Maritim dan Muzium Perikanan. Diperkarangan muzium ini terdapat rumah-rumah tradisional yang dihiasi dengan lanskap yang sangat menarik. Manakala didalam muzium pula terdapat banyak galeri untuk dilawati seperti:


Galeri Islam.
Galeri Tekstil.
Galeri Diraja.
Galeri Sejarah.
Galeri Kraf.
Galeri Petroleum.
Galeri Sumber Alam dan Ekonomi.
Galeri Taman Laut dan Perikanan.
Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

2. Taman Monumen, Taman Tamadun Islam - Mengandungi replika masjid-masjid terkenal seluruh dunia.



3. Masjid Terapung - Nama masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah.


4. Masjid Kristal - Masjid Kristal yang terletak di Kuala Terengganu ini mempunyai rekabentuk yang sangat menarik. Ia dinamakan Masjid Kristal kerana selain besi, ia dibina dengan kristal.



5. Dataran Shahbandar - Ia merupakan tempat bersantai menarik di Kuala Terengganu. Terletak di muara Sungai Terengganu, pengunjung boleh melihat pemandangan menarik bot-bot nelayan yang ditambat berderetan ditebing sungai. Disini juga terdapat banyak kedai makan yang dibuka dari petang hingga ke malam.



6. Pasar Besar Kedai Payang - Terletak di Kuala Terengganu, ia adalah tumpuan pelancong yang ingin membeli-belah produk asli dari Terengganu. Terdapat berbagai barangan dijual disini seperti pakaian, makanan, kuih tradisional, kain batik, songket Terengganu dan bermacam-macam lagi. Pasar ini terdiri dari bangunan dua tingkat dimana bahagian bawah menjual makanan kering dan basah seperti ikan segar, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ditingkat atas pula terdapat pakaian, batik, songket dan gerai makanan.



7. Bukit Puteri - Terletak di Kuala Terengganu. Lokasinya menarik menghala ke Sungai Terengganu. Ia adalah tempat bersejarah yang pernah dijadikan kota pertahanan dizaman dahulu. Berbagai kisah menarik mengenai Bukit Puteri ini seperti kisah puteri bunian yang tinggal disini dan memberi pinjam pinggan-mangkuk kepada penduduk untuk majlis keramaian, kisah perang saudara kerana merebut takhta dan lain-lain. Diatas bukit ini terdapat beberapa artifek silam peninggalan sejarah seperti meriam, genta, rumah api, makam dan tiang bendera.



8. Waterfront - Taman rekreasi yang menghadap Kuala Terengganu. Pengunjung boleh bersantai melihat pemandangan menarik Pulau Duyung dan bot-bot nelayan yang melalui kuala sungai. Terdapat pondok-pondok untuk bersantai, gerai makanan dan tandas untuk kemudahan pelancong.


9. Kampung Cina, Kuala Terengganu.



10. Kompleks Kraf Noor Arfa.



11. Pulau Warisan - i-City Terengganu.


11 Tempat Menarik di Kuala Terengganu 11 Tempat Menarik di Kuala Terengganu Reviewed by Admin on 12:08:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.