4 Tempat Menarik Anda Kena Lawati Bila Berada Di Kulai

Kulai ialah sebuah daerah baru di Johor. Dahulunya ia termasuk dalam daerah Johor Bahru. Beberapa tempat menarik boleh dikunjungi jika anda berkunjung ke daerah ini.

1. Johor Premium Outlets


Jika anda ingin membeli-belah, Johor Premium Outlets adalah lokasi menarik yang mesti dikunjungi. Ia adalah satu-satunya cawangan yang ada di Malaysia buat masa ini. Apa yang menarik ialah, terdapat berbagai kedai jenama antarabangsa yang menjual barangan asli dengan harga yang murah. J

2. Hutan Lipur Gunung Pulai


Bagi pencinta alam semulajadi, jangan lupa untuk mengunjungi Hutan Lipur Gunung Pulai. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan popular yang menawarkan berbagai aktiviti menarik. Terletak di Pekan Nanas, tarikan utama di sini ialah air terjun dan kolam yang luas untuk mandi-manda. Airnya jernih dan sejuk, cukup menyegarkan. Kawasannya agak luas, teduh dan nyaman sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Jika anda gemar melakukan aktiviti lasak, anda boleh mendaki gunung melalui trek jalan tar yang disediakan. Pemandangan menarik dapat dilihat dari puncak Gunung Pulai. Selain itu, aktiviti jungle trekking juga boleh dilakukan untuk melihat flora dan fauna atau menjejak air terjun cantik yang ada di hutan lipur ini.

3. Nanyan Aquarium


Nanyan Aquarium Centre adalah tempat menarik yang mesti dikunjungi jika anda peminat ikan dan akuarium. Berbagai jenis ikan boleh dilihat didalam akuarium yang dipamerkan. Kawasannya agak luas dan seronok untuk dilawati termasuk bahagian kolam ternakan. Nanyang Fish Farm yang terletak di Ayer Bemban, Kulai ini menternak dan menjual berbagai jenis ikan peliharaan yang menarik termasuk spesis klasik. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan berbagai barangan akuarium berkualiti seperti aksesori akuarium, makanan ikan dan lain-lain.

4. Hutan Bandar Putra


Hutan Bandar Putra Kulaijaya ialah taman rekreasi yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Senai. Kawasan seluas 20 ekar ini dilengkapi kemudahan trek jogging, trek basikal, kawasan berjalan kaki, taman permainan, tasik dan macam-macam lagi. Tempat ini agak menarik untuk beriadah. Berkonsepkan alam semulajadi, ia sesuai untuk seisi keluarga.

4 Tempat Menarik Anda Kena Lawati Bila Berada Di Kulai 4 Tempat Menarik Anda Kena Lawati Bila Berada Di Kulai Reviewed by Admin on 10:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.