Bagaimana Nak Sediakan Tempoyak Yang Tahan Lama?


Pandai tak nak sediakan tempoyak yang sedap dan tahan lama? Jom ikuti cara-cara untuk menyiapkan tempoyak.

1. Asingkan isi durian dengan bijinya. Lenyek durian sehingga halus. Kemudian campurkan garam kasar secukup rasa. Ia bertujuan mengawet tempoyak dan mengelakkan ia cepat berkulat. 

2. Selepas gaul rata dengan garam kasar, masukkan bahan tadi ke dalam penapis. Letak besen di bawahnya. Tutup bekas tadi dengan foil. Biarkan ia seharian untuk membebaskan 'gas' durian.

3. Kemudian, air durian terasing dari isinya, buang air tersebut. Simpan isi durian ke dalam balang kaca kerana ia lebih tahan lama. Anda juga boleh menggunakan bekas plastik. Simpan dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegarannya. 

Sumber resipi:  Blog Masakan Mudah
Bagaimana Nak Sediakan Tempoyak Yang Tahan Lama? Bagaimana Nak Sediakan Tempoyak Yang Tahan Lama? Reviewed by Admin on 11:25:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.