Bermandi Manda Bersama Ikan Di Santuari Kelah Sungai Petang

Rugi besar sekiranya sudah berada di Tasik Kenyir tetapi tidak berkunjung ke  Santuari Kelah Sungai Petang yang terletak di Terengganu ini. 




Dekat sahaja untuk ke sini kerana lokasinya adalah 40km dari Pengkalan Gawi dan hanya mengambil masa 40 minit perjalanan sahaja dengan menaiki bot laju. Kalau dari Jenagor pula, jarak perjalanan menjadi lebih dekat iaitu 16km sahaja.

Di santuari ini terdapat banyak kemudahan termasuklah pusat penyelidikan, pusat pembenihan, galeri dan akuarium.

Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai Petang dijadikan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Apa yang paling menarik di sini? Sudah tentulah ikan kelah yang terdiri daripada pelbagai jenis spesies yang setia menunggu kehadiran anda ke sini.

Biasanya spesies ikan ini akan cepat menghilangkan diri  apabila terdengar kelibat manusia atau haiwan di daratan.

Tapi di sini pengunjung pasti akan terpegun melihat ribuan Kelah di dalam sungai yang jernih.

Ikan Kelah atau Mahseer adalah antara spesies ikan yang termahal! Harganya boleh mencecah sehingga RM800 seekor, namun memancing atau mengambil ikan dari sini adalah dilarang sama sekali.

Lagi 'best', kan-ikan tersebut tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia seolah-olah sedang menanti pengunjung untuk menghulurkan makanan 'pelet' ikan.

Apa yang pasti, santuari ini pasti tidak akan mengecewakan pengunjung kerana selain boleh bermandi manda di dalamnya, kita boleh memberi ikan makan.
Bermandi Manda Bersama Ikan Di Santuari Kelah Sungai Petang Bermandi Manda Bersama Ikan Di Santuari Kelah Sungai Petang Reviewed by Admin on 09:06:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.