Bukit Kayangan, Sumatra, Indonesia Seperti 'Syurga Dunia'

Bukit Kayangan terletak di daerah Kerinci, Wilayah Jambi, Sumatra, Indonesia. Ketinggiannya mencapai hampir 2000 meter dari permukaan laut. Kerana itu bukit ini juga mendapat jolokan sebagai "Atap Sumatra".






Keindahan khazanah alam Bukit Kerinci ini memang tidak akan dilupakan oleh setiap orang yang pernah mengunjunginya. Masyarakat disini percaya dibukit inilah bersemayamnya seorang puteri yang turun dari kayangan. Kerana itulah nama bukit itu yang sebelumnya dikenali sebagai Renah Kayu Embun ditukar menjadi Bukit Kayangan. 

Bagi yang ingin bercuti, berbulan madu dan merasai pengalaman yang sangat menakjubkan ini, Bukit Kayangan menyediakan banyak fasiliti seperti hotel, restoran dan kedai-kedai cenderahati. Harga sewaan hotel di sekitar Bukit Kayangan ini antara Rp.100.000 hingga Rp.200.000 sehari. Lebih kurang RM30-RM50 sahaja.

Untuk sampai ke Bukit Kayangan memerlukan perjalanan sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam dari Kota Jambi. Walaupun mungkin sedikit kepenatan tetapi pengunjung pasti berpuas hati kerana dapat menyaksikan pemandangan Kota Sungai Penuh, dan Danau Kerinci yang sangat indah dari Puncak Bukit Kayangan. 

Penggunjung juga pasti tidak akan dapat melupakan saat indah melihat matahari terbenam dari puncak bukit ini. Sangat cantik dan memukau pandangan, macam duduk atas awan!
Bukit Kayangan, Sumatra, Indonesia Seperti 'Syurga Dunia' Bukit Kayangan, Sumatra, Indonesia Seperti 'Syurga Dunia' Reviewed by Admin on 09:35:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.