Bunyi Menangis Kuat, Budak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah


Bunyi suara seorang kanak-kanak menangis dengan kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh, di sini, telah terungkai apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah berjaya ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri, lapor Sinar Harian.

Dia ditemui dalam sebuah bilik dalam yang amat kotor tanpa sebarang pakaian bersendirian di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.

Selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dimaksudkan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.

“Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan."

"Berdasarkan siasatan ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi," katanya.
Bunyi Menangis Kuat, Budak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah Bunyi Menangis Kuat, Budak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah Reviewed by Admin on 10:48:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.