'Esok kita try lagi pakai tudung yer' - Status Bapa Buat Netizen Sebak


“Sehingga semalam, sudah 10 tudung saya terima ihsan daripada pengguna Facebook.

“Tak sangka ramai prihatin biarpun hanya disebabkan isu saya tidak pandai memakaikan tudung anak,” kata Zubayry Abady, 40.

Zubayry berkata demikian mengulas mengenai gambar anaknya yang viral di Facebook, sejak semalam.

Gambar Nabila Zahra Zubayry, 7, yang memakai tudung senget menjadi viral selepas Zubayry memuat naik ke dalam akaun Facebook miliknya pada 8.50 pagi, 4 Januari.

Menerusi status itu, Zubayry menyatakan dia tidak mengetahui cara sebenar memakai tudung berikutan isterinya , Noraiza Che Husin, meninggal dunia, tahun lalu.

Kisah menyayat hati itu kemudian menyentuh hati rata-rata ramai pengguna laman sosial.

Zubayry berkata, dia tidak menyangka kisah pemakaian tudung anaknya itu menjadi viral dan mendapat simpati ramai.

Menurutnya, dia memuat naik gambar terbabit ketika anak perempuannya itu sedang beratur di luar kelas pada sesi pengenalan bersama gurunya di Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun, Rawang.

“Saya muat naik status itu hanya sekadar untuk berkongsi, namun tidak lama kemudian saya mendapat tahu ia viral di laman sosial.

“Selain itu, saya juga dihujani ratusan komen dan mesej daripada pengguna Facebook yang tidak henti memberi kata semangat.

“Malah apa yang membuat saya bertambah sebak, ada di antara mereka meminta alamat untuk menghadiahkan tudung kepada Nabila.

“Terima kasih semua kerana sayangkan Nabila,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Ditanya berhubung arwah isterinya, Zubayry berkata, arwah meninggalkan mereka sekeluarga berikutan kanser paru-paru tahap empat, pada Ogos lalu.

Menurutnya, kini mereka hanya tinggal empat beranak termasuk anak lelaki dan dua anak perempuannya masing-masing 10 dan dua tahun. - HM
'Esok kita try lagi pakai tudung yer' - Status Bapa Buat Netizen Sebak 'Esok kita try lagi pakai tudung yer' - Status Bapa Buat Netizen Sebak Reviewed by Admin on 13:01:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.