Eww Menjijikkan! 5 Perkara Kotor Di Hotel Yang Perlu Dielakkan


Setiap orang mesti pernah menginap di hotel, tidak kiralah hotel 3 bintang, 4 bintang mahu pun 5 bintang. Walaupun bintang digunakan sebagai penanda aras untuk menunujukkan kualiti sesebuah hotel itu, namun ianya tidak memberi jamainan tentang tahap kebersihan penginapan tersebut. Penemuan sebuah nota di bawah lapik cadar membuktikan yang linen katil di hotel tidak ditukar walaupun tetamu sudah saling bertukar ganti! Perkara ini membuatkan kita terfikir tentang kebersihan sesebuah hotel secara amnya.

Ini antara 5 perkara perkara kotor di hotel yang perlu diberi perhatian lebih banyak:

1. Alat kawalan jauh TV
Kajian dari University of Houston mendapati terdapat banyak kuman, dan paling teruk najis ada pada alat kawalan ini. Jadi tipsnya, boleh bawa topi mandi anda sendiri dan balutkannya di sekeliling alat tersebut sebelum menggunakannya. Cara ini juga boleh dipraktikkan pada tombol pintu kerana ia juga dipenuhi dengan bakteria.

2. Gelas minuman
Dalam satu penyiasatan yang dilakukan oleh Fox News, sebuah kamera yang diletakkan secara tersembunyi telah berjaya merakamkan ramai pekerja yang membersihkan bilik hotel tidak membasuh gelas minuman yang telah digunakan dengan menggunakan sabun. Sesetengah pula hanya menyemburnya menggunakan cecari pencuci. Oh, tidak! Sangat menjijikkan.

3 Mesin pembancuh kopi
Sebuah pendedahan dari ABC News menunjukkan yang pekerja tidak mencuci mesin tersebut dengan betul. Perkara ini akan menyebabkan bakteria, dan disarankan anda pergi sahaja ke kafe untuk mendapatkan secangkir kopi.

4.Cadar
Tanya diri berapa kali anda membasuh selimut, permaidani dan cadar anda sendiri? Jarang bukan, begitu juga dengan pihak hotel.
'Comforter' selalu dijadikan penghias dalam sesebuah bilik hotel, namun awas kerana kebanyakan langsung tidak pernah dibasuh.

5. Sarung bantal
US Today Show mendedahkan yang pekerja hotel tidak menukar sarung bantal yang baru untuk tetamu yang seterusnya. Sebaliknya hanya menggunakan sarung bantal yang sama digunakan penginap sebelum itu. Walaupun tiada kotoran yang kelihatan, namun permukaannya telah disentuh dan mungkin terdapat tinggalan rambut dan kulit manusia, bakteria, kosmetik, kutu dan sebagainya. Mesti semua terkejut dan selepas ini berasa geli untuk menggunakan benda-benda yang dinyatakan di atas bukan? 

Apa-apa pun boleh praktikkan saranan yang telah diberi dan pastinya kebersihan dri anda akan lebih terjaga selepas ini, okay?

Eww Menjijikkan! 5 Perkara Kotor Di Hotel Yang Perlu Dielakkan Eww Menjijikkan! 5 Perkara Kotor Di Hotel Yang Perlu Dielakkan Reviewed by Admin on 13:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.