Jom Cuba 'Rainbow Skywalk' Di Bumbung KOMTAR, Di Pulau Pinang

Sejak siap dibina kira-kira tiga dekad lalu, tiada sesiapa pun dibenarkan menjejakkan kaki ke bumbung bangunan Komtar iaitu pada aras 68 kecuali mereka yang ada urusan khas. 

Memetik laporan The Star, setelah diubahsuai dan dilengkapi dengan laluan gantung berlantai kaca dengan ukuran 16 meter panjang dan dibina pada tingkat tertinggi di negara ini, kini aras tersebut dikenali sebagai Rainbow Skywalk.






Menurut Ketua Pegawai Operasi Only World Group (OWG) , Datuk Jean Koh, biarpun ramai pengunjung terketar-ketar untuk berjalan di laluan berkaca itu, namun rata-rata kelihatan amat menyukainya.

"Anda boleh berbaring dan berswafoto dengan berlatarbelakangkan bangunan kecil. Ia peluang yang tidak boleh dilepaskan." 

Difahamkan kaca yang digunakan adalah jenis kaca yang sama dalam pembinaan Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat (AS), ianya bukan sahaja kalis haba malah tahan pecah dan berlamina.

Selain itu, Universiti Sains Malaysia (USM) juga dijemput untuk menjalankan ujian getaran, angin dan pendulum ke atas laluan gantung berlantai kaca tersebut bagi menguji daya ketahanannya.

Ia akan dibuka secara rasmi pada 18 Disember dengan banyak lagi tarikan sedang dibina di atas bumbung tersebut.

Pastinya ia menjanjikan pengalaman yang luar biasa, tetapi harus diingat ianya tidak sesuai untuk mereka yang lemah semangat.
Jom Cuba 'Rainbow Skywalk' Di Bumbung KOMTAR, Di Pulau Pinang Jom Cuba 'Rainbow Skywalk' Di Bumbung KOMTAR, Di Pulau Pinang Reviewed by Admin on 10:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.