KL bandar metropolitan ke-7 paling tinggi dikunjungi di dunia!


Nama Kuala Lumpur semakin mekar dan berkembang di kalangan pelancong asing dan buktinya pada tahun 2016 sahaja, ibu negara Malaysia ini mencatatkan 12 juta pelancong asing! Wow!

Di kala orang ramai berpusu-pusu ke luar negara namun berbeza pula dengan masyarakat di luar sana yang sangat menyukai Kuala Lumpur sehingga menempatkan ia sebagai bandar metropolitan ke-7 paling tinggi dikunjungi di dunia pada tahun lalu. 

Malah, KL lebih popular daripada kota besar lain seperti Hong Kong, Seoul dan juga Tokyo. Hanya dua kota dari Asia yang lebih tinggi daripada KL iaitu Bangkok dan juga Singapura. 

Senarai itu dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (The World Economic Forum).


Memetik kata-kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan antara yang menjadikan KL begitu ternama di seluruh dunia ialah variasi makanannya, destinasi menarik dan juga pelbagai jualan mega. 

Nah, ternyata ia bukan satu senarai yang calang-calang kerana nama negara masuk dalam 10 bandar paling tinggi pelancong di seluruh dunia. 

Jom, bagi anda yang belum puas terokai lokasi menarik di Kuala Lumpur, inilah masanya! 
KL bandar metropolitan ke-7 paling tinggi dikunjungi di dunia! KL bandar metropolitan ke-7 paling tinggi dikunjungi di dunia! Reviewed by Admin on 23:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.