Pernah Makan Nasi Keluban? Nak Tahu Membuatnya?



Nasi Keluban atau Sego Keluban mungkin kedengaran janggal bagi sesetengah orang tetapi menu makanan ini sangat popular di kalangan masyarakat Jawa. Makanan istimewa ini selalunya disediakan jika ada majlis among-among yang bermaksud kenduri kecil yang diadakan sebagai tanda kesyukuran. Memang sedap dengan sayur-sayuran dan ulam-ulaman segar, dan bagi anda yang mahu mencubanya sendiri di rumah nah ini resipinya.

Bahan-bahan:

1/2 biji kelapa parut – putih sahaja
1 cekak pucuk ubi
200gm taugeh
200gm kacang panjang
2 inci belacan
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu udang kering
10 biji cili api
1 sudu asam jawa
10 biji isi kencur @ cekur
5 helai daun kencur @ cekur
4 biji telur ayam – direbus
4 ekor ikan kembung – digoreng
200gm ikan bilis
2 sudu tepung gandum
1 cawan minyak masak.
200gm ikan masin bulu ayam
Garam dan gula

Cara-caranya:
1. Semua sayur-sayuran dicelur dan dipotong
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan cili dan udang kering.
3. Isi kencur ditumbuk berasingan, daun kencur dimayang halus. 
4. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut, tambahkan gula, garam, kencur, dan sedikit air asam jawa. 
5. Gaulkan pula dengan bahan-bahan yang telah dicelur tadi.
6. Ikan masin bulu ayam dibasuh dan digaul dengan sedikit tepung dan digoreng.Ikan bilis digaul dengan tepung dan dikepal-kepalkan, juga digoreng. Telur dikupas dan dibelah empat. 

Cara hidang:
1. Lapikkan talam dengan daun pisang dan letakkan nasi dengan anggaran 5 orang makan.

2. Letakkan keluban di atas nasi. Telur, ikan kembung, ikan masin dan ikan bilis pula diletakkan selang seli di atas nasi tadi.

Pernah Makan Nasi Keluban? Nak Tahu Membuatnya? Pernah Makan Nasi Keluban? Nak Tahu Membuatnya? Reviewed by Admin on 12:58:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.