Sedapnya Jagung Rebus Cheese Meleleh Ni! Jom Buat Sendiri


Jagung direbus dengan keju yang cair meleleh! Bayangkan rasa lemak manis jagung itu sendiri yang digabungkan dengan keju! Semakin ramai yang kreatif dan bijak mencipta resipi baharu, kan! Nah, bagi anda yang ingin mencuba jagung rebus keju meleleh ini.

Bahan-bahan:

Jagung 3 tongkol
Susu cair 1/2 tin
Susu pekat 2 sudu besar
Air setengah cawan
Mentega 2 sudu
Keju 1 keping
Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Rebus jagung guna air biasa dalam 15 minit, kemudian keluarkan jagung dan letak dalam mangkuk.

2. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam kuali. Masak dalam 10 min  atau hingga kuah pekat sedikit.

3. Seimbangkan rasa manis dan masin kuah tersebut. 

4. Masukkan jagung, gaul rata jagung dengan kuah. Sedia dimakan! 

Kredit resipi: Sharifah Azalini Al Jafry
Sedapnya Jagung Rebus Cheese Meleleh Ni! Jom Buat Sendiri Sedapnya Jagung Rebus Cheese Meleleh Ni! Jom Buat Sendiri Reviewed by Admin on 12:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.