Suka Cabaran? Jom Ke Jambatan 'Naga' Di Tepi Jurang Gunung Tianmen, China

Negara China memang terkenal dengan kewujudan jambatan kaca yang amat mengerikan, namun menjadi tarikan pelancong yang sangat menakjubkan dan tersendiri. 

Terbaru yang menjadi perhatian di kalangan ramai orang melalui laman sosial ialah jambatan skywalk yang dikenali sebagai nama Coiling Dragon Cliff, dan ia dibina di tepi jurang Gunung Tianmen! 






Terletak di provinsi Hunan, kawasan hutan Zhangjiajie ini telah dinobatkan sebagai Global Geopark UNESCO. 

Laluan pejalan kaki di sini turut didatangkan dengan material kaca yang menambahkan elemen kejutan dan sensasi yang sukar digambarkan. 

Jambatan 'naga' ini dibina sepanjang 430 meter dan ketinggian 300 meter, memang sudah cukup membuatkan jantung anda berdegup kencang. 
Suka Cabaran? Jom Ke Jambatan 'Naga' Di Tepi Jurang Gunung Tianmen, China Suka Cabaran? Jom Ke Jambatan 'Naga' Di Tepi Jurang Gunung Tianmen, China Reviewed by Admin on 10:37:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.