Wajah Siti Nurhaliza Dan Datuk K Diguna Pelaris Iklan Produk Seks, Siti Ambil Tindakan


Ada pihak cuba mengambil kesempatan itu untuk menggunakan wajah Siti Nurhaliza dan suami pada satu produk ubat perangsang seks bagi melariskan perniagaan mereka.

Menurut laporan Kosmo Online, iklan produk terbabit telah disebarkan melalui medium laman sosial Instagram berserta dengan pautan kepada satu artikel berkaitan dengan masalah mati pucuk dalam rumah tangga penyanyi tersebut yang juga berbaur fitnah dan memalukan.

Terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Siti turut menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit yang turut mendakwa dirinya menggunakan produk berkenaan. Malah produk yang menggunakan wajah Siti dan suami juga dipasarkan tanpa meminta kebenaran mereka yang ingin mengaut keuntungan secara mudah.
Wajah Siti Nurhaliza Dan Datuk K Diguna Pelaris Iklan Produk Seks, Siti Ambil Tindakan Wajah Siti Nurhaliza Dan Datuk K Diguna Pelaris Iklan Produk Seks, Siti Ambil Tindakan Reviewed by Admin on 12:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.