5 Pulau Di Sabah Ini Sangat Cantik Tapi Kurang Popular!

Pulau Manukan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan Pulau Tiga. Kalau anda ke negeri di Bawah Bayu ini, memang rugi kalau tak singgah ke pulau yang disebutkan tadi. Tapi selain dari empat pulau tersebut, ada beberapa lagi yang sebenarnya cukup cantik tapi kurang popular. Mungkin kerana kurang promosi atau pun kurang kemudahan penginapan di sana.

Menariknya kalau berkunjung ke sana, anda bukan saja dihidangkan pemandangan semula jadi yang indah tapi juga dapat melihat kawasan perkampungan.

1. Pulau Kapalai

Pulau ini antara lokasi paling cantik untuk penggemar skuba dan snorkeling. Ia terletak 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Kalau pernah pergi ke Pulau Sipadan mungkin ini destinasi seterusnya.

2. Pulau Banggi

Dalam Wikipedia pulau yang terletak di Kudat ini dicatatkan sebagai pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang.

3. Pulau Bohey Dulang

Terletak di Semporna Sabah, pulau ini dikenali sebagai Pulau Bohaydulong. Cuma 30 minit saja dari Bandar Sempurna dengan menaiki bot. Pulau ini salah satu dari lapan pulau dalam Tun Sakaran Marine Park.

4. Pulau Bum Bum

Air di pulau ini memang sangat jernih. Ia terletak di perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Ini satu lagi pulau selain Pulau Bohey yang perlu dilawati jika ke Semporna.

5. Pulau Mataking

Ada satu lagi untuk melengkapkan percutian jelajah pulau di Semporna, iaitu Pulau Mataking. Memang berbaloi kalau singgah di sini. Alang-alang dah sampai ke Pulau Mabul teruskan ke pulau ini untuk menikmati keindahan pantai tanpa pencemaran.
5 Pulau Di Sabah Ini Sangat Cantik Tapi Kurang Popular! 5 Pulau Di Sabah Ini Sangat Cantik Tapi Kurang Popular! Reviewed by Admin on 09:12:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.