7 Sebab Orang Malaysia Suka Melancong Ke Jepun!

Rakyat Malaysia juga antara penyumbang utama industri pelancongan Jepun. Memang ramai suka ke sana. Tapi sebab apa? Ini antara sebab utama kenapa orang Malaysia suka sangat ke Jepun!


1. Pengecualian Visa
Pengecualian visa wujud antara Jepun dan Malaysia khusus untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Anda boleh masuk ke Jepun tanpa mendapatkan visa untuk tempoh tidak melebihi tiga bulan berturut-turut.

2. Orang Jepun sopan santun
Terkenal dengan adab dan sentiasa tunduk hormat, orang Jepun sangat disenangi oleh pelancong asing. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka akan pastikan untuk melakukan apa saja untuk membantu anda.

3. Tempat best untuk shopping
Jepun terkenal sebagai salah satu pusat fesyen terbesar di dunia. Siapa yang tidak kenal dengan Harajuku dan Shibuya? Ia merupakan tempat syurga membeli-belah untuk semua.

4. Kemudahan awam yang cepat & mudah
Di Jepun, anda tidak akan ada masalah untuk kemana-mana kerana adanya kemudahan kereta api laju. Apa yang anda perlu belajar adalah aliran kereta api kemana anda ingin tuju.

5. Makanan pelbagai pilihan
Ramen, udon, sushi, sashimi, bento, soba semuanya ada. Malah kedai serbaneka 7 Eleven di sana lengkap dengan makanan berat yang membuatkan anda terliur!

6. Kepelbagaian dari semua aspek
Di Jepun anda dapat melihat kepelbagaian dari segi adat, budaya dan tradisi. Ada bermacam-macam dan tempoh percutian anda tak akan pernah cukup untuk melihat kesemua keindahan tersebut.

7. Keindahan bunga Sakura
Dari bulan Februari hingga awal April, bunga Sakura antara tarikan utama para pengunjung. Anda memang rasa tak nak balik apabila melihat keindahan bunga merah jambu menutupi negara tersebut.

7 Sebab Orang Malaysia Suka Melancong Ke Jepun! 7 Sebab Orang Malaysia Suka Melancong Ke Jepun! Reviewed by Admin on 12:16:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.