9 Perkara Penting Perlu Buat Sebelum Pergi Bercuti!


Sebut sahaja nak bercuti, memang best. Tapi sebelum pergi bercuti, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira. Kalau anda buat sambil lewa je, memang tak best percutian anda tu nanti. Bazir duit je nanti.

1. Pilih destinasi percutian lebih awal
Mungkin anda dah rancang nak melancong tiga kali dalam setahun. Jadi buat perancangan awal setahun sebelum tu, jika nak ke luar negara. Tempat apa menarik disana. Buat ulang kaji terlebih dahulu.

2. Berapa total bajet perbelanjaa
Jika dah pilih destinasi, fikirkan pula berapa kos perbelanjaan yang anda mampu, termasuk harga tiket penerbangan, penginapan dan perbelanjaan. Dengan adanya bajet yang mencukupi, ia menyokong destinasi pilihan anda.

3. Tempoh masa percutian
Kalau di dalam negara sahaja, 3 hingga 4 hari sudah memadai, Tapi jika ke luar negara sebaik-baiknya pergilah 10 hingga 12 hari. Kalau sekejap sangat tak puas nanti.

4. Pilih rakan yang satu kepala kalau nak travel
Yes, rakan travel sangat penting. Pastikan rakan travel anda itu yang tidak banyak karenah dan satu kepala bagi percutian yang menenangkan.

5. Rangka perjalanan percutian
Kalau boleh, duduk bersama rakan travel anda dan berbincang tentang percutian korang. Penting untuk anda mencapai persetujuan bersama dan tak ikut kepala masing-masing agar semuanya berjalan lancar.

6. Jenis penginapan
Sekarang ni dah ada macam-macam aplikasi hotel. Boleh buat tempahan di hujung jari sahaja. Tempat penginapan biarlah ikut bajet, keselesaan dan memudahkan percutian anda nanti.

7. Pilih beg yang sesuai
Pemilihan beg bergantung pada destinasi yang anda pilih. Jika anda merancang untuk ke Gunung Bromo di Surabaya, tak kan nak bawa luggage pula?

8. PENTING! Persiapan sebelum travel
Waktu ini, anda boleh semak passport, wang negara asing dah ditukar belum, baju apa nak dibawa, sunblock dan habis ke, universal plug anda berfungsi atau tidak. Siapkan semuanya kalau boleh seminggu sebelum pergi bercuti.

9. Tinggalkan fikiran serabut
Tiba hari bercuti, pergilah dengan hati yang tenang untuk merehatkan minda. Tinggalkan segala masalah cinta, masalah kerja, masalah keluarga di lapangan terbang.
9 Perkara Penting Perlu Buat Sebelum Pergi Bercuti! 9 Perkara Penting Perlu Buat Sebelum Pergi Bercuti! Reviewed by Admin on 09:14:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.