Bangkitkan Selera Anak Anak Dengan Resepi Telur Kukus



Sesetengah anak anak berumur 4-5 tahun susah untuk makan atau terlalu memilih. Oleh itu, ibubapa harus bijak memilih menu untuk membangkitkan selera anak anak supaya senang makan. Jadi korang boleh cuba resepi telur bungkus ni. Senang je nak buat.

Bahan - Bahan :
4 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris halus memanjang)
1 biji tomato (hiris/dadukan)
1 tangkai daun bawang & daun sup
1/2 st gula
2 st minyak
1/2 pek daging kisar (saya guna udang kisar/cincang)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)

Cara - Cara :
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaul hingga sebati. 
Masukkan ke dalam acuan yang disukai. (Sapu sedikit minyak pada acuan) dan kukus.
Masa Kukus : 10-15 minit jika guna daging kisar. 
Hidang panas-panas dengan nasi putih.
Bangkitkan Selera Anak Anak Dengan Resepi Telur Kukus Bangkitkan Selera Anak Anak Dengan Resepi Telur Kukus Reviewed by Admin on 08:42:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.