Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta


Sebelum ini, kita banyak mendengar tentang aktiviti-aktiviti penipuan atau scam yang yang membabitkan pelbagai produk dan perkhidmatan tetapi penipuan oleh seorang lelaki di Zhejiang ini benar-benar tidak masuk akal kerana ia melibatkan sebatang kayu.

Menurut Shanghaiist, lelaki terbabit berjaya membeli batang kayu itu dengan harga 200 RMB (RM129) kemudian menjualnya pada harga 1.68 juta RMB (RM1.09 juta) tiga tahun kemudian.

Lelaki yang dikenali dengan nama Lin itu mendakwa batang pokok terbabit adalah satu barang yang rare dan merupakan dari spesis Phoebe Zhenna.

Kayu (dari pokok Phoebe Zhenna) terbabit sangat mahal sehinggakan hanya emperor China hanya mampu untuk menggunakannya. Malah, batang kayu yang sama digunakan untuk membina sepenuhnya Forbidden City. Pokok Phoebe Zhenna kini sudah diwartakan sebagai spiesis yang dilindungi kerajaan.

Bagi merealisasikan penipuannya, Lin membuat satu sijil pengesahan palsu untuk kayu tersebut yang mana telah memperbodohkan pembeli batang kayu terbabit.

Bagaimanapun, selepas hampir setengah tahun, pembeli itu diberitahu oleh pakar sebenarnya dia bukan sahaja telah ditipu, malah kayu itu tidak mempunyai nilai.

Pembeli berkenaan cuba menghubungi Lin, namun gagal.

Bagaimanapun, Lin telah berjaya dijejaki dan ditahan oleh polis.

Sumber: shanghaiist.com/

Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta Beli Batang Kayu Dengan Harga RM129, Jual Balik Dengan Harga RM1.09 Juta Reviewed by Admin on 17:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.