Bersalji, Suhu Puncak Gunung Kinabalu Kini Cecah 2°C

Gunung Kinabalu yang sememangnya gah dan tidak asing dikalangan pelancong tempatan dan luar negara kini sekali lagi menjadi tumpuan ramai pendaki semenjak berlakunya "fenomena suhu sejuk" sehingga mencecah 2°C.

Memetik portal SiakapKeli, pendaki-pendaki ke puncak Gunung Kinabalu pada bulan ini nampaknya berpeluang untuk melihat sebahagian kawasan Low Peak gunung berkenaan membeku susulan suhu puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu kembali mencatat suhu yang sejuk.






Apa yang menarik permukaan pada kolam, lopak air dan embun berdekatan puncak gunung itu juga membeku seperti mana tanah tinggi di Asia Tenggara lain kesan tiupan angin sejuk dari Siberia.

Presiden Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi berkata, situasi yang dialami ketika ini dianggap sebagai sesuatu yang berbeza.

"Cuaca sejuknya berbeza sekali tetapi ia tidak mengganggu aktiviti pendakian ke puncak gunung," katanya.

Pengurus Taman Kinabalu Sabah, Yassin Miki berkata, suhu di gunung itu pernah mencecah di bawah paras sifar Celsius.

"Keadaan air membeku menjadi ais adalah satu fenomena kerana kedudukan kita di tengah Asia Tenggara yang sentiasa panas dan lembap," katanya.

Suasana ini merupakan satu pengalaman menarik bagi pendaki-pendaki tempatan kerana ianya tidak akan dijumpai di tempat lain di Malaysia, bahkan pokok-pokok yang hampir beku seolah-olah ianya diselaputi salji.

Menurut seorang Malim gunung yang menggunakan nama Facebook Refflisia Putih, sejarah pembentukan ais di puncak kinabalu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pembentukan ais juga pembekuan embun pernah dilaporkan pada tahun 1975, 1990 dan 1993, selain 2 tahun lalu selepas kejadian gempa bumi iaitu di rekodkan pada tahun 2015 dan 2016.

"Pada tahun ini pembentukan pertama berlaku lagi dan menjadi satu fenomena bagi kita dan menjadi suatu kebanggan bagi warga Sabahan kerana menjadikan satu-satu tempat dimana pembentukan ais boleh berlaku dalam linkungkan terbuka, malah dalam persekitaran cuaca khatulistiwa," tulisnya. 

Jadi buat para pendaki dan penggemar aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan sendiri keindahan di puncak Gunung Kinabalu yang kini "membeku". 
Bersalji, Suhu Puncak Gunung Kinabalu Kini Cecah 2°C Bersalji, Suhu Puncak Gunung Kinabalu Kini Cecah 2°C Reviewed by Admin on 09:20:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.