Cara DIY Papan Seterika Supaya Dapat Gosok Baju Cepat!

Abang nak kongsikan cara DIY papan seterika yang mana anda akan dapat menggosok kedua-dua bahagian serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Boleh siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika dan hanya menggunakan bahan yang murah!

Jom ikut langkah dibawah ini..

Bahan bahannya ialah..

Aluminium foil
Kain / Sarung seterika
Stapler / Double sided tape

Cara caranya ialah..

1. Tetapkan Saiz Aluminium Foil 
Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!



2. Balutkan dengan aluminium foil                              
Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya. Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.



3. Sarungkan dengan kain
Lepas dibalut dengan aluminium foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada. Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!


Itu saja langkahnya. Sekarang bersedialah untuk anda melihat kesannya!

Siap!


Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Cuba tengok macam dalam gambar di bawah ini. Wah, hebat bukan?

Sumber: Puan Afnee Baker
Cara DIY Papan Seterika Supaya Dapat Gosok Baju Cepat! Cara DIY Papan Seterika Supaya Dapat Gosok Baju Cepat! Reviewed by Admin on 12:47:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.