Jelajah Dalam Gua Sperti Berada Di Galaksi Alam Semesta

Tahukah anda sebuah gua yang terletak di Waitomo, North Island Selandia Baru, New Zealand bakal menawarkan pengalaman yang sangat epik dan berbeza dari biasa.






Gua unik ini dinamakan sebagai Gua Witomo dan diterangi dengan kilaun seperti taburan bintang di langit. Pengunjung dapat menikmati keindahannya dengan menaiki bot.

Apa yang menarik cahaya tersebut sebenarnya datang dari cacing! Ya, cacing bercahaya atau nama saintifiknya adalah Arachnocampa Luminosi merupakan haiwan kecil yang menghasilkan cahaya biru kehijauan.

Lagi hebat adalah makhluk ini tidak ada di tempat lain kecuali ditemukan hanya di sini. Pertama kali gua ini ditemui adalah pada tahun 1887 oleh ketua suku Maori bernama Tane Tinorau dan juruukur berbangsa Inggeris, Fred Mace.

Dari tahun 1889, gua ini sudah dibuka untuk dijadikan tempat tarikan pelancongan dan sejak itu ramai pengunjung dari seluruh dunia sudah menjejakkan kaki di sini.

Bagi mereka yang berminat untuk ke sini, anda boleh mendapatkan pakej-pakej yang menarik dari agensi pelancong. Harga tiket untuk masuk ke dalam gua ini bermula dari RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.
Jelajah Dalam Gua Sperti Berada Di Galaksi Alam Semesta Jelajah Dalam Gua Sperti Berada Di Galaksi Alam Semesta Reviewed by Admin on 09:29:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.