Jom ke Muzium Dasar Laut Pertama Di Eropah Ini

Museo Atlantico merupakan muzium di laut pertama Eropah di Pulau Lanzarote, berdekatan pantai Bahia de Las Coloradas, Sepanyol.






Muzium ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk disempurnakan dan dirasmikan pada 10 Januari lalu.

Projek menjayakan muzium ini diusahakan pengukir arca dari British, Jason deCaires Taylor yang menghasilkan 300 arca ukuran sebenar dan ditempatkan 39 kaki di dasar laut kepulauan Canary itu. 

Muzium itu merupakan projek pemasangan skala terbesar Jason yang bertujuan menerapkan unsur moral dan peringatan terhadap kegawatan pemanasan global dan pencemaran lain dihadapi manusia sejagat hari ini.

Selain itu, muzium berkenaan turut dilindungi dinding sepanjang 30 meter dan seberat 100 tan yang memuatkan 200 patung manusia pelbagai saiz dan umur yang dinamakan Human Gyre. 
Jom ke Muzium Dasar Laut Pertama Di Eropah Ini Jom ke Muzium Dasar Laut Pertama Di Eropah Ini Reviewed by Admin on 09:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.