Laksa, Ais Kacang RM1 Di Kedai Kak Na


Harga yang sangat murah dengan rasa yang sangat sedap mampu menarik ramai orang untuk makan di kedai ini. Dikendalikan oleh penduduk di Kampung Sungai Buaya, Taman Rekreasi Bukit Panchor Nibong Tebal dengan menjual beberapa jenis makanan dan minuman dengan harga RM1 semangkuk. 

Antara yang menjadi pilihan ramai ialah Laksa dan Ais kacang. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman berkarbonat yang boleh didapati dengan harga RM1 di Kedai Kak Na.

Makanan tersebut dihidangkan seperti biasa, tanpa bahan-bahannya dikurangkan.

Mazlina Md Hashim yang merupakan pemilik kedai Kak Na ini berharap dengan harga yang murah semua pelanggan mampu untuk makan dan minum di kedainya.

"Jika harga makanan murah, lebih banyak pelanggan akan datang. Jika mereka gembira, saya juga gembira," Kata Mazlina Md Hashim.

Gerai dibuka dari tengah hari hingga jam 3 petang kecuali hari Selasa dapat menarik ramai orang terutamanya pelajar kolej berdekatan kedainya. Selain dari itu, terdapat juga makanan lain yang dijual dengan harga yang lebih mahal. 
Laksa, Ais Kacang RM1 Di Kedai Kak Na Laksa, Ais Kacang RM1 Di Kedai Kak Na Reviewed by Admin on 14:09:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.