Pantai Kaca Rusia Ini Dipenuhi Cahaya Botol Warna-Warni

Terletak hanya setengah jam sahaja dari Bandar Vladivostok, Rusia, sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Kaca ini dipenuhi dengan keajaiban.

Menurut sejarahnya, kawasan ini dahulu dijadikan sebagai tempat pembuangan kaca dan porselin oleh sebuah kilang dan pembuangan botol vodka oleh penduduknya.

Bertahun-tahun kemudian, pemandangan di Teluk Ussuri ini menjadi sangat berlainan kerana serpihan kaca pecah tersebut mengubahnya menjadi seakan-akan pantai yang bercahaya.

Cahaya matahari yang menerangi pada siang hari membuatkan kaca-kaca itu mengeluarkan sinar yang berwarna-warni.






Pantai Kaca Rusia Ini Dipenuhi Cahaya Botol Warna-Warni Pantai Kaca Rusia Ini Dipenuhi Cahaya Botol Warna-Warni Reviewed by Admin on 09:22:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.