Pelakon Ary Malik Kembali ke Rahmatullah



Kuala Lumpur, 28 Feb - Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira jam 7.17 malam tadi.

Beliau meninggal dunia akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya

Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin dan juga keluarga, lapor Utusan Online.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih itu dan berkata jenazah dijangka dibawa ke Masjid Kem Wardieburn dan berkemungkinan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.

Petang tadi, berita tidak benar mengenai kematian arwah tersebar di media sosial.

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Al-Fatihah.

Sumber: Utusan Online 



Pelakon Ary Malik Kembali ke Rahmatullah Pelakon Ary Malik Kembali ke Rahmatullah Reviewed by Admin on 22:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.