Stres Dengan Banyak Lalat Di Dapur, Cuba 4 Petua Berkesan Ni


Biasa lah kan? Lalat ni mudah je muncul bila masa masak. Nak nak lagi ketika goreng ikan masin, buat sambal belacan maunya datang menyerang. Jangan risau abang ada cara untuk elak. 

1. Ambil bunga cengkih dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.

2. Ambil daun kari dan kibaskan pada lalat yang berterbangan di dapur anda. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan anda.

3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan anda.

4. Ambil beberapa batang lilin dan nyalakan ia. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan anda. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.

Selamat mencuba!

Sumber: CARI
Stres Dengan Banyak Lalat Di Dapur, Cuba 4 Petua Berkesan Ni Stres Dengan Banyak Lalat Di Dapur, Cuba 4 Petua Berkesan Ni Reviewed by Admin on 16:18:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.