Pujuk, bukan berpisah tempat tidur kerana merajuk.



Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya.
Mari kita lihat kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah perkongsian daripada seorang pemuda yang membuatkan ramai pasangan yang sudah berkahwin lebih faham dan tahu cara untuk menyelesaikan dengan cara yang betul.

Pasangan ni cermin kita sebenarnya dan muhasabah bersama sama. Selalu aku fight untuk kaum isteri tapi kali ni aku nak share kat mana kesilapan kaum wanita dalam menangani permasalahan seperti ni. Ini hanya pendapat aku, kalau positif in shaa Allah ada manfaatnya.

Bila suami kau mula curang, mula mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak dan juga sebagai suami, jangan hanya tengok salah dia orang. Sebab perangai musibat suami kau orang memang dah macam tu, ala aku pun sama jugak. Dasar jantan kaberet.

Kau sebagai wanita kena selalu ingat, kau dan suami hanyalah manusia biasa. Setiap perkahwinan ada ujiannya, ada keterlanjuran kata dan perbuatan. Kau sembang yang perkahwinan kau tak pernah ada masalah tapi hakikatnya pasti pernah.

Bila suami tersalah langkah, jalan penyelesaiannya bukanlah pinggan mangkuk yang terbang, bukan keluar rumah tanpa izin, bukan membelakangkan suami ditempat tidur, bukan bercerita aib dan kesilapan suami.

Pujuk, bukan berpisah tempat tidur kerana merajuk. 
Pujuk, bukan dah lafaz cerai baru terkial nak rujuk.

Ingat, dalam kepala suami, isteri tiada bandingannya. Lawa mana pun perempuan yang dia orang jumpa kat luar, isteri tetap dicarinya balik lebih lebih lagi yang ada anak sekali. Sungguh, tapi kenapa lelaki selalu buat hal?

Dah dia suka sangat miang kat luar, kenapa nak cari isteri balik? Aku paham, tapi belajarlah untuk pujuk suami bila masa dia orang tersalah langkah. Bukan dengan mengeruhkan lagi keadaan. Besar mana pun kesilapan suami, jangan dikeruhkan lagi keadaan.

Jika boleh diselesaikan, bina balik hubungan itu. Jika penyelesaiannya bercerai, teruskan tanpa menoleh lagi. Nasihat aku, fikirkan nasib dan masa depan anak anak. Cinta boleh berputik, kasih boleh bertaut kembali.

Tewaskan segala hasutan shaitonirajim diluar rumah dengan memujuk atau memenangi hati suami balik. Bila suami dah mula buat perangai, pujuklah suami dengan layanan, masakan, pujian dan sebagainya.

Susah nak jumpa isteri yang pandai ambik hati suami melalui pujian. Apa jadi hina ke kau wahai isteri dengan memuji suami yang gemuk, hitam, pendek, 7 saat diranjang dan dada berbulu beruang? Kenapa nak diselesaikan masalah hingga melibatkan keluarga kedua-dua pihak?

Kenapa nak bercerita, mencanang hal rumah tangga di luar? Lelaki ni fitrahnya memang mudah tewas dengan pujukkan rayu, dengan godaan. Bila lelaki digoda dengan anasir diluar, bantu dia orang bersyukur dengan apa yang kau orang ada sekarang. Sekali lagi, muhasabah diri sama sama.

Jangan kira berapa kali suami tewas diluar, tapi berapa kerap kau tunjukkan jalan dan bangkit bersama sama. Orang selalu kata, wanita diuji waktu lelaki tak punya apa apa dan lelaki diuji waktu punyai segalanya. Bagi aku, kita suami isteri takkan pernah habis diuji.

Apatah lagi kita pasangan yang banyak buat silap, yang solat berjemaahnya pun setahun sekali. Aku perhati, ramai wanita dan kaum isteri diluar sana suka mainkan sentimen, kalau lelaki boleh buat perempuan pun boleh juga. Apakah berbalas-balas itu satu-satu penyelesaiannya?

Moden macam mana pun kita, agama jangan ditolak ketepi. Hukum-hakam jangan dipermainkan. Kita ada agama, kita ada panduan. Istimewanya seorang hamba Allah yang bergelar isteri. Mulianya seorang isteri yang bergelar ibu.

Jangan sangsi, wanita yang menjaga agama, suami, keluarga, aurat dan maruah sangat tinggi martabatnya. Lebih lebih lagi isteri yang menjaga harta suaminya. Tanya diri, apakah sempurna tanggungjawab yang dijalankan untuk pasangan kita?

Bila rumah kita tak dikunci dengan baik, jangan disalahkan pencuri. Bila kita gagal mendidik anak, jangan disalahkan guru. Bila kita gagal membentuk pasangan, jangan disalahkan perampas.

Jangan risau, setiap perkahwinan memang berjela ujiannya. Jangankan kita, Adam dan Hawa juga pernah dihalau dari syurga.

Kredit: Mizan Dzai
Pujuk, bukan berpisah tempat tidur kerana merajuk. Pujuk, bukan berpisah tempat tidur kerana merajuk. Reviewed by Admin on 15:36:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.