Buat Laporan Polis Setelah 6 tahun Dirogol Bapa Angkat



MERLIMAU, MELAKA - Seorang remaja perempuan berjalan sejauh lima kilometer dari rumahnya di Sungai Rambai, Jasin ke Balai Polis Merlimau, jam 8 malam semalam untuk membuat laporan polis yang dirinya dirogol bapa angkat, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mangsa berusia 14 tahun mendakwa bapa angkatnya yang berusia 45 tahun telah merogolnya sebanyak dua kali dalam kejadian jam 4.50 pagi semalam.

Mangsa juga mendakwa lelaki itu mula berbuat demikian sejak dia berusia sembilan tahun.

"Perbuatan itu dilakukan ketika ibu angkatnya yang juga seorang penjawat awam menghadiri kursus.

"Mangsa juga dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan dan hasilnya, pegawai perubatan menemui kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa," katanya.

Susulan itu, polis telah menahan lelaki terbabit di rumahnya dan direman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. - Apakes
Buat Laporan Polis Setelah 6 tahun Dirogol Bapa Angkat Buat Laporan Polis Setelah 6 tahun Dirogol Bapa Angkat Reviewed by Lina Slayer on 02:24:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.