Cubaan Cabul Bawa Maut


Cubaan Cabul Bawa Maut

Lelaki warga asing maut ditetak rakan sekerja selepas dipercayai cuba mencabul anak saudara suspek di Ladang Menggaris, Benta Wawasan, Kalabakan, dekat Tawau, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa warga Indonesia, Yakobus Bala, yang bekerja sebagai buruh ladang meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat kecederaan selepas ditetak dengan parang berukuran 30 sentimeter (sm).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati ketika anak saudara perempun suspek berusia 17 tahun sedang menyiram pokok bunga di ladang berkenaan, dia didatangi mangsa, 38, dari arah belakang yang menyerkup kepala mangsa mengguna guni dan memeluk perempuan terbabit.

"Gadis itu kemudian melawan dan berjaya melepaskan diri dan sempat melihat wajah lelaki itu yang dikenalinya sebagai 'Bala' sebelum menjerit meminta pertolongan daripada bapa saudaranya (suspek).

"Suspek yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian kemudian mengejar mangsa yang melarikan diri ke kawasan ladang Menggaris. Suspek berjaya menangkap mangsa laku berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga warga Indonesia kemudian menetak kaki mangsa dengan parang menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Tawau dan disahkan meninggal dunia manakala suspek ditahan pengawal keselamatan di ladang berkenaan sebelum ditahan semula anggota polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Suspek berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai buruh ladang di kawasan itu direman sehingga Jumaat ini," katanya.

Tambah Fadil kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Apakes
Cubaan Cabul Bawa Maut Cubaan Cabul Bawa Maut Reviewed by Lina Slayer on 22:23:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.