Datuk Geng 24 Dituduh Di Mahkamah


LIMA ahli Geng 24, termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini, kerana dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Pulau Pinang, sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Lim Boon Hooi,40, dan Toh Kae Luen, 26, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Di kamar berasingan juga tiada pengakuan direkodkan tertuduh Datuk Koh Thiam Hua, 38, Chan Yi Heng, 22, dan Harry Tan Cheng Yu, 31, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Cheah Kit memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan ke atas semua suspek selepas mengambil kira pertuduhan kes terbabit dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Norsalha dan Irwan kemudian menetapkan 5 Julai ini untuk mendapat izin pemindahan kes dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Semua tertuduh juga tidak dibenar diikat jamin. - Apakes
Datuk Geng 24 Dituduh Di Mahkamah Datuk Geng 24 Dituduh Di Mahkamah Reviewed by Lina Slayer on 21:51:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.