Doakan Semoga Cepat Sembuh


Doakan Semoga Cepat Sembuh

Anggota polis parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar penunggang motosikal yang melarikan diri daripada diperiksa berdekatan kilang di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian berlaku ketika Lans Koperal terbabit bersama rakannya membuat rondaan dengan masing-masing menunggang motosikal di Jalan Persiaran Taman Tasik Prima, Puchong pada 1.10 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi anggota terbabit terserempak dengan seorang lelaki menunggang motosikal model Honda EX5 dalam keadaan mencurigakan.

"Mangsa cuba menghampiri suspek bagi tujuan pemeriksaan tetapi lelaki terbabit terus memecut motosikal dan dua anggota mengejar suspek.

"Namun, apabila tiba di lokasi mangsa didapati terbaring berhampiran motosikal oleh rakan setugasnya dan suspek pula melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya.

"Mangsa yang cedera di muka, kepala serta badan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan masih tidak sedarkan diri (kritikal)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan terbabit sama ada mangsa dilanggar suspek atau sebaliknya.

"Kita masih belum dapat pastikan sama ada mangsa dilanggar atau bergelut dengan suspekberikutan tiada saksi sewaktu kejadian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami juga sedang mengesan suspek terbabit," katanya. - Apakes
Doakan Semoga Cepat Sembuh Doakan Semoga Cepat Sembuh Reviewed by Lina Slayer on 22:38:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.