Dugaan Ramadan 2 keluarga





Dua rumah teres di Taman Delima, Sungai Petani, masing-masing musnah 50 peratus dan 20 peratus dalam kejadian kebakaran pada 9.30 pagi, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 9.56 pagi.

Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

Menurutnya, dua pegawai dan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dikejarkan ke lokasi kebakaran.

"Sebaik tiba mendapati dua rumah teres sedang terbakar dan usaha memadamkan kebakaran terus dijalankan.

"Api dikawal pada 10.10 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Nur Hafizah berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Dugaan Ramadan 2 keluarga Dugaan Ramadan 2 keluarga Reviewed by Lina Slayer on 16:33:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.